Video dari http://www.youtube.com/user/cikbeahosem

Salam. Saban hari melihatnya di depan mata & di media. Tak kira samada makcik ataupun remaja sunti. Media seperti rancangan tv Safiyya & majalah Dara.com yang cuba membawa mesej; ‘muslimah yang mengikut trend’ (walaupun bukan semua trend itu boleh atau patut diikut). Niat yang baik tapi tetap tidak menghalalkan cara. Pastinya jika ingin menonjolkan yang baik, tonjolkanlah keseluruhannya. Bukan hanya memilih sebahagiannya, & yang lainnya disesuaikan mengikut trend, walaupun trend itu menyerupai wanita jahiliyah. Islam tidak pernah meminggirkan trend sekiranya benar ia tidak bercanggah dengan syarak & demi Allah, Islam itu mengikut fitrah manusia sehingga hari kiamat. Mungkin kata-kata dari saya seorang lelaki biasa ini tak bisa dihadam. Sebab itu saya memilih artikel di bawah ini untuk bacaan saudari-saudariku yang mengaku Islam itu.  Saya pasti ia ditulis dengan penuh kasih sayang kerana Allah. Ditulis oleh seorang saudari yang dengan sukarela memilih Islam sebagai jalan hidupnya, bukan semata-mata kerana dilahirkan sebegitu, atau kerana mengikut trend. Moga semua mendapat manfaatnya.

Bismillahirahmani rahim.

Dipetik dari http://nurainvivian.blogspot.com/

TUDUNG SINGKAT?? TUDUNG LABUH??

Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat ain sekalian.

Ain masih ingat lagi kali pertama ain mengenakan tudung. Terkial-kial ain dibuatnya. Waktu tu ain masih di kolej dan orang pertama yang sudi membantu ain memakai tudung adalah rakan sekolej, namanya Tengku Fatimah.

Memang teruja sangat di ketika kali pertama mengenakan tudung. Rasa manis sangat. Entah kenapa, tetapi perasaan selamat hadir sewaktu ain mengenakan tudung.

Alhamdulillah, kini ain lebih gemar mengenakan tudung labuh berbanding tudung express yang semakin menjadi trend masa kini. Adalah lebih baik bertudung labuh kerana dapat menutupi bahagian yang tidak harus diperlihatkan dikhalayak ramai.

Di Malaysia umumnya, semakin ramai wanita bertudung, namun masih tidak mengikut etika yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam itu sendiri. Bertudung adalah lebih kepada berfesyen semata-mata. Bukannya untuk mendapatkan keredhaan daripada Yang Maha Esa.

Ibu ain pernah berkata dan sering mengatakan hal ini, “Pakai tudung tapi nampak dada, baik takpayah pakai…”

Walaupun ibu ain belum memilih Islam sebagai agamanya, namun sedikit sebanyak penampilan diri ain membuatkan ibu ain faham apa itu aurat bagi wanita Islam. Bayangkan apa yang non-muslim fikirkan tentang kita yang beragama Islam. Ada bertudung, ada tidak, berbaju ketat, labuh. Itulah yang terjadi pada ain di awal ain memeluk Islam. Keliru dan berpendapat tak mengapalah, tanpa fahami dan pelajarinya dengan betul daripada yang arif.

Bagi mereka yang telah bertudung, alhamdulillah, tahniah ain ucapkan. Namun adalah lebih baik bertudung dengan cara yang betul yang bukan saja memberikan kebaikan pada diri sendiri, tetapi kebaikan di akhirat kelak.

Maksud ain disini,amatlah rugi jika muslimah sekalian sudah bertudung tetapi tidak mendapat apa-apa kebaikan daripadanya. Malah, menambahkan dosa apabila memakai dan yang melihat cara anda mengenakannya.

Pemakai mengenakan tudung singkat yang menampakkan bentuk dada.Pakaian juga masih ketat mengikut bentuk badan walaupun sudah berlengan panjang.

Nampak moden dan menarik tetapi pakaian dan tudung dipakai jenis melekap dibadan, mendedahkan susuk tubuh menghairahkan.

Tudung jenis ini semakin menjadi fesyen dikalangan wanita moden masa kini.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Wanita yang memakai pakaian seperti telanjang (kerana nipis), yang menarik pandangan orang dengan gaya lenggang lengguknya, kepala mereka seperti bonggol unta (kerana mengubah rambutnya), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan tercium baunya.”

Inilah ain cuba sampaikan tadi, amat rugi jika muslimah sekalian telah bertudung tetapi masih tidak mendapat apa-apa kebaikan daripadanya.Maka, sia-sia sahaja usaha anda untuk menutup aurat kerana selama ini masih tidak sempurna.

Akibat kurangnya kefahaman tentang adab dan hukum aurat wanita Islam itu sendiri, ain juga pernah terpesong seperti dalam gambar-gambar di atas. Ain tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada muslimah-muslimah yang lain. Selagi ada daya, ain akan cuba sampaikan dengan cara ain sendiri. Bukankah menegur demi berubah kepada kebaikkan adalah lebih baik daripada memandang sahaja tanpa berbuat apa-apa??

Namun kepada Allah jua ain serahkan segala-galanya. Baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada diri ain sendiri.

Tanyakan pada diri kita sendiri;

~untuk apakah kita bertudung???
~untuk siapa kita bertudung???
~untuk siapa kita ingin tunjukkan tudung kita pakai itu???
~adakah setakat bertudung sahaja mengatakan kita telah menutup aurat???

#bertudung dan menutup auratlah dengan cara yang betul, insyaAllah ganjaran besar akan kita terima kelak! Mohonlah pada Allah S.W.T. hidayahNya agar kita tidak terus terpesong dengan kehidupan ini.

Bacaan tambahan:

keluargakusayang.blogspot/Itu-tak-boleh-ini-tak-boleh-habis-tu apa yang boleh?
ustaznaim.blogspot.com/Hukum-memakai-pakaian-yang-nipis-atau ketat

ustaznaim.blogspot.com/Sanggul-tinggi

Syahwat-lelaki-teransang-30-kali-sehari

solihinzubir.com/Gadis-cantik-dan-lelaki-bersinglet Baca lagi entry berkaitan aurat di blog ini. Sila klik di sini

Video by http://www.youtube.com/user/ummahfilms

Untuk pelbagai posting mengenai aurat; klik;

inksensei.wordpress.com/category/aurat


One response »

  1. cantik la blog ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s