Salam. Mulanya saya malas nak membuat posting berkenaan perkara ni, kerana sudah disentuh sebelum ini, & ia memang sudah jelas. Tetapi bila ada segolongan manusia-manusia jahil yang mula bercakap mengenai hukum Islam sesuka nafsu mereka tanpa mengetahui apa yang mereka cakapkan & menambahkan lagi kebusukan bicara mereka dengan mengutuk para ulama, saya kira yang paling lemah saya boleh lakukan ialah dengan menggunakan medium yang saya ada ini untuk memanjangkan kebenaran.

Tulisan * dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

*Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Dr. Dzulkefly Ahmad
Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang “Sumpah Mubahalah” yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang “Sumpah Mubalahah”. Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.

Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.

Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh  (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH  ‘Qazaf’ (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.

Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

*Video seks: Wayang untuk mengaibkan seseorang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Mei:Tindakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis tidak akan tunduk kepada desakan pelbagai pihak untuk mendedahkan kepada umum pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecuali ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian hanyalah mainan politik semata-mata untuk memburukkan seseorang.“Kalaulah yang menyimpan dan membuat tayangan pun tidak dihukum, sedangkan ada peruntukan yang jelas mereka telah melakukan kesalahan; apatah lagi kepada yang berlakon yang tiada peruntukan undang-undang.“Jelas, ianya hanya mainan politik bagi memburukkan seseorang,” bidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelakon seks dalam video tersebut akan didedahkan bergantung kepada keperluan undang-undang.“Kita bukan dedahkan (pelaku video) atas desakan tetapi bergantung kepada keperluan undang-undang,” Khalid dipetik sebagai berkata.Menurut Tuan Ibrahim, pelakon dalam klip video tersebut tidak akan didakwa kerana tiada peruntukan undang-undang boleh mendakwa pelaku, kecuali dalam mahkamah syariah.“Di dalam undang-undang sivil, tiada kes untuk disabitkan kerana pelakon dan wanita bukan gadis bawah umur serta tiada unsur paksaan dan tidak dilakukan untuk edaran mahupun jualan,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, PAS lebih setuju untuk membawa kes ini ke mahkamah syariah kerana ada enakmen yang boleh disabitkan kesalahan sama ada atas kes qazaf atau perlakuan zina sekiranya dapat dibuktikan.

Sementara itu, Presiden Aliran, P Ramakrishan turut menempelak polis yang telah melakukan pelbagai kenyataan untuk mencipta persepsi awam bahawa Anwar terlibat dalam skandal video seks tersebut.

Setelah bukti jam Omega yang diwar-warkan kehilangan berita, P Ramakrishan membidas tindakan polis yang mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan kepada awam pelakon seks terbabit sehingga keadaan memerlukan untuk berbuat demikian.

“Dalam kata lain, apa yang mereka kata ialah mereka sudah mengenal pasti pelakon seks, tapi mereka tidak ingin mendedahkankannya kecuali keadaan memerlukan.

“Rakyat Malaysia kini keliru. Apa yang dimaksudkan ‘kecuali memerlukan’? Jika ya, mengapa mereka menyiasat jauh untuk mencari pemilik jam Omega? Mereka bertungkus-lumus sehingga mencarinya sehingga ke Taiwan. Apa tujuannya?

“Bukankah itu tujuan untuk mengaitkan pelakon seks dengan jam tersebut supaya mereka dapat mengesahkan identiti pelakon seks dan mendedahkannya?” soal Ramakrishan.

Beliau turut menambah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan untuk kali kedua, 28 April yang lalu sekiranya polis tiada bukti yang sahih untuk menunjukkan bahawa orang dalam video tersebut ialah Anwar.

“Jika ia adalah tidak penting untuk menentukan siapa pelakon tersebut, mengapa Anwar dilecehkan? Adakah ini kerana mereka inginkan episod memalukan ini berterusan?” selarnya.

Berkenaan dengan 3 orang manusia yang memakai baju kalis peluru  tersebut & manusia-manusia di belakang mereka, hari ini mungkin Allah memalukan kamu dengan menonjolkan kamu solat 1 rakaat yang tiada dalam dalil , menonjolkan kejahilan dengan memegang Quran secara terbalik, lalu telah ditegur & dinyatakan bahawa perbuatan kamu itu adalah salah, lalu kamu tetap meneruskan juga, maka sekiranya kamu telah melakukan sesuatu dosa kerana manusia atau habuan dunia semata-mata & tidak meminta maaf & tidak bertaubat, maka bersedialah dimalukan di depan Al-Muzil (Yang Maha Pemberi Kehinaan) nanti.

Bacaan tambahan:

Sekadar-pegang-Quran-saja

Sumpah-orang-jahil-apa-kesannya

Video-umphorno-sumpah-laknat-sumpah

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s