jomislam.wordpress.com

Salam semua. Kita tahu bahawa Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w yang paling kita sayangi berdakwah kepada kedua-dua golongan, yakni muslims & non-muslims. Jalan dakwah itu banyak & sebaiknya pastilah dimulakan dengan dakwah kepada diri sendiri terlebih dahulu, kemudian melalui dakwah bil-hal dll.

Berkenaan dakwah kepada non-muslims, samada secara lapangan atau di ruang cyber, jujurnya saya melihat kelemahan kita sebagai pendakwah, samada dari segi ilmu dakwah mahupun usaha & strategi dalam mendekati golongan yang belum Islam ini.

Di internet, sumber untuk mereka-mereka yang berminat mendekati Islam memang banyak, tapi kebanyakannya bukan di dalam Bahasa Melayu ataupun yang mensasarkan kaum-kaum yang berada di Malaysia.

Usaha yang saya ingin war-warkan ini bukannya hebat atau terbaik, selain pastinya banyak kelemahan, tapi saya mengajak sekelian pembaca blog ini & sesiapa saja yang sudi, untuk kita sama-sama membantu menyebarkan cara hidup yang mulia ini; Islam.

jomislam.wordpress.com

Blog ini bersifat universal dalam dwi-bahasa & sumber dari serata dunia tapi juga mensasarkan mereka yang berada di Malaysia. Diakui pasti ada banyak kelemahannya tapi insyaAllah akan terus diperbaiki dari masa ke semasa. Saya masih ingat bahawa barangsiapa yang dengan usahanya seseorang itu mendapat hidayah, maka itu adalah lebih baik dari dunia, langit & segala isinya.

Blog ini juga sebenarnya hanyalah satu permulaan kepada perancangan yang lebih besar lagi dalam evolusi dakwah kepada non-muslims khasnya di Malaysia. Dengan sokongan semua samada dari segi sebaran, moral,  idea, material dll., insyaAllah Allah akan memberikan pertolonganNya.

Harap semua dapat membantu menyebarkan blog ini untuk menyebarkan Islam. Linkkan, sebarkan di blog, FB, forum, atau di mana-mana saja medium yang kita dapat sebarkan. Moga Allah membalas amal ikhlas saudara saudari dengan kebaikan. Terimakasih.

http://jomislam.wordpress.com/

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Ali Imran:104

Masih tak berminat untuk bertindak? Mungkin artikel ni dapat membantu. Klik di sini.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. MOHD AZRIN @ JUSLIN ABD ZAINUDDIN says:

    “TAHNIAH ATAS USAHA MURNI INI“SMGA ALLAH MEMBERKATINYA“`

  2. sesungguhnya islam itu benar :))))))))))))))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s