Tulisan dari http://bm.harakahdaily.net/

Ugut culik anak: Nurul Izzah buat laporan polis

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan menculik anaknya yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS yang mengancam keselamatan anaknya itu diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, dekat sini pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Sementara itu, Anwar melalui twitternya malam tadi menyifatkan perbuatan mengugut melalui sms itu sebagai ‘kerja sial jahat’.

Selasa lalu, pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun, Abdullah Sani Said membuat laporan polis kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan  Anwar dan keluarga.

Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April  yang lalu.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s