Tahun 2009, sebelum saya berhijrah kembali ke semenanjung, saya melalui salah satu dari beberapa episod getir dalam hidup. Waktu itu saya keseorangan di Sabah, tanpa anak saya di sisi, & berpisah dengan isteri. Tapi realitinya saya tidak keseorangan, Allah sentiasa meletakkan saya bersama-sama sahabat-sahabat yang sentiasa memahami & meyokong saya, tapi bukan semata-mata kerana kemanusiaan, tapi atas nama persaudaraan Islam & bersama dalam perjuangan dalam satu jemaah Islam.

Hidup saya sejak remaja adalah biasa-biasa, hingga  ke peringkat universiti saya masih hanyut, hingga akhirnya saya telah ditugaskan mengajar di negeri di bawah bayu & Allah menghantar seorang manusia bernama Ustaz Zul Amri yang membawa saya kepada fitrah, yang menyedarkan tentang hidup ini sia-sia tanpa perjuangan untuk meletakkan Islam pada tempatnya.

Banyak yang saya lalui & kerana kelemahan saya sendiri, saya banyak melakukan kesilapan. Tak kira pada diri sendiri mahupun orang lain hingga membawa kepada yang berlaku pada tahun 2009 itu. Apa yang pasti, saya tidak pernah merasa tinggal bersama-sama rakan sejemaah, sebagaimana lazimnya dilalui oleh ramai penggerak jemaah muda, khasnya yang sedang belajar di IPT seperti lazimnya.

But Allah’s love works in mysterious way. Allah memberi saya peluang itu bila ujian itu melanda diri saya. Dan saya berpeluang tinggal, makan setalam dengan adik-adik yang sebenarnya abang-abang kepada saya dalam perjuangan. Nadir, Murtadha, Nizam, KY, Salman, & Umar. Mereka adalah manusia-manusia biasa yang biasa bergurau senda &  hidup melazimkan perjuangan Islam dalam hidup. Jujurnya saya amat malu dengan kekerdilan diri saya berbanding mereka. Allah mengajar saya tentang erti hidup apabila saya tinggal bersama-sama manusia-manusia ini…

Nadir

Seorang yang saya anggap sebagai adik & saudara. Saya tidak pernah melihat beliau mengambil masa rehat yang biasa. Rehatnya sebentar, sedang masa yang lain kalaupun tidak diperah tenaganya untuk dakwah & perjuangan, pasti otaknya ligat berfikir bagaimana mahu meneruskan kelangsungan Islam, dari soal mendokong agenda jemaah, kepada soal kebajikan anak-anak kecil yang tandus dari segi ilmu & kelangsungan hidup, terutamanya di bahagian favouritenya di bumi; Sabah. Sedikit sebanyak saya memahami matlamatnya & saya menyokongnya dengan sepenuhnya insyaAllah. Nadir sahabat yang sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu jika diminta, walaupun ia mungkin sesuatu permintaan yang bukan biasa. Tidak pernah putus asa menasihati & mentarbiah ‘orang tua’ ini yang sering dilanda getir. Kini Nadir di Syiria melanjutkan ilmunya mendalami bahasa Arab & menghayati bumi anbiya. Moga Allah mengabulkan pencarianmu saudaraku, & jika Sabah adalah medan pilihanmu untuk berjuang, maka moga Allah memudahkan urusan dunia & akhiratmu, & mengabulkan cita-citamu.

Murtadha

Naqib dalam usrah sesama kami, samada selepas Subuh atau di waktu lain. Ustaz muda ini sentiasa tenang menasihati kami, dari hal melazimkan bacaan matsurat hingga ke hal semasa & hukum hakam, & mengajar kami, terutama saya yang jahil ini dengan ilmunya. Masih saya ingat, di waktu malam manusia nyenyak dibuai mimpi, beliau bangun mendoakan untuk membantu saya yang sedang dilanda sakit di satu waktu itu. Itupun saya mengetahuinya bila melihatnya tanpa disedarinya. Nyata ilmu perubatan Islam yang dipelajari dari Ustaz Harun Din itu tidak pernah disia-siakannya. Dan malam itu saya melihat seorang sahabat yang membantu seorang sahabatnya hanya bersaksikan Allah. Kini sudah berumahtangga, moga Allah menerangi tempat rehat terakhir sahabatku ini nanti, insyaAllah.

Nizam

Nizam ‘Khazam’ adalah seorang yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi kepada perjuangan. Tidak pernah mengeluh dalam melakukan tugas-tugas & sangat teliti. Sabar & sentiasa tidak lokek dengan nasihat & ilmu. Saya tidak lupa ketika saya sakit pada satu masa itu, beliaulah yang bertungkus lumus membantu saya memastikan kesihatan saya membawa saya ke hospital Queen Elizabeth ketika beliau bertugas di bahagian farmasi ketika itu. Juga sudah berumahtangga, moga Allah memberikanmu & keluargamu kebahagian dunia & akhirat sahabatku.

KY

KY: Berbaju kuning...

Beliau seorang yang selamba, & cekap dalam kerjanya. Memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan & sentiasa membuat sahabat tersenyum. Saya masih ingat, beliau tidak banyak bercakap bila saya meluahkan masalah, tetapi beliau adalah seorang pendengar yang baik. Saya memperolehi banyak ilmu dari beliau, dari hal duniawi hinggalah kepada soal ketabahan untuk menghadapi mehnah & tribulasi dalam kehidupan peribadi. Moga Allah memberimu kejayaan bro🙂

Salman

Dia menyerahkan dirinya kepada perjuangan Islam, bertugas sepenuh masa dengan getir tribulasi dan sepak terajang perjuangan. Seorang yang simple & sentiasa sabar & lembut dalam bicara, tapi kalamnya tetap dalam & membawa mesej yang kukuh. Waktu saya sedang menyendiri kerana dilanda satu tekanan yang tidak ringan, sms beliau mengingatkan saya supaya menyerahkan diri & mengadu kepada Allah. Ingatan sering diberi kepada sahabat-sahabat yang lupa. Seorang yang sentiasa menghormati yang lain & patut dihormati. Moga Allah memberimu yang terbaik di akhirat bro🙂

Umar


Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis apa yang saya tuliskan tentang sahabat-sahabat saya ini, tapi ia terpendam dalam gerakan masa. Hinggalah saya mendapat khabar tentang sahabat saya Si Doktor Gigi Umar ini, yang beliau kan melangsungkan pernikahan pada 21hb Mei 2011. Mulanya saya cuma ingin menulis untuk mengucapkan tahniah, tapi akhirnya saya berkata “Why not, finally, let’s just do this.”

Umar, seorang sahabat yang selamba & merendah diri. Kalau bukan kerana diberitahu sukar juga nak dipercayai dia ni seorang doktor. Seorang pendengar yang baik, bahkan jika diminta bantuannya walaupun sesuatu yang mungkin agak berat baginya, beliau tetap akan membantu saya sedaya upaya. Saya banyak belajar tentang perkara yang saya anggap remeh tapi sebenarnya berat daripada beliau. Contohnya tentang soal kebersihan. Waktu kami sedang menampal poster untuk satu program, dinasihati kami tentang menjaga kebersihan & jangan biarkan loytape bersepah. Kecil, tapi signifikan. Saya sangat menghormatinya dari segi komitmen sebagai seorang doktor. Bila ditanya adakah beliau berminat untuk membuka kliniknya sendiri satu hari nanti, kata beliau, beliau “lebih senang bertugas di hospital kerajaan, kerana lebih mudah untuk beliau membantu mereka yang tidak berkemampuan di situ. Jika semua doktor membuka klinik, siapa yang ingin bertugas di hospital kerajaan?” Moga Allah memberkati keluargamu dalam kesejahteraan selamanya bro.

Juga tak lupa buat sahabat-sahabat yang lain; Asyrul, Makbil, Amin, Nuek, Bob dll.

Mereka semua, anak-anak yang baik & pemuda-pemuda yang baik insyaAllah.

Terimakasih atas persahabatan & segalanya sahabat-sahabatku. Ana mohon maaf atas segala salah & kekhilafan ana. Moga Allah akan memberi kalian yang terbaik di dunia & akhirat. Moga Allah mematikan kalian sebagai pejuang-pejuangNya.

Amin. Ya Robbil alamin.

Bacaan berkaitan;

2009/05/28/The-last-supper-bersama-sahabat-sahabat-sekretariat

2009/07/08/Terima-kasih-mohon-maaf-pt-3-sahabat-sahabat-di-dalam-fikrah-di-bumi-di-bawah-bayu

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s