A short but beautiful story featuring how one man realized his shortcomings and turned to Allah’s guidance. Taken from Tambihul Ghafileen.

Bismillahi rahmani rahim

Kisah Jazan

Lama dahulu di Bandar Qufa, sekumpulan ahli maksiat telah berkumpul untuk berhibur, di mana adanya acara minum arak & nyanyian. Di antara para penyanyi itu  ada seorang lelaki yang bernama Jazan. Dianugerahkan dengan suara yang sangat merdu, dia menghiburkan mereka dengan lagu-lagu.

Pada masa yang sama, Abdullah Ibn. Masud r.a. sedang melalui kawasan itu. Apabila terdengar suara Jazan beliau berkata; “Indahnya suara itu, alangkah bagusnya jika dia menggunakan suara itu untuk  membaca Al-Quran!” Setelah berkata demikian, beliau menutup kepalanya & berlalu pergi.

Apabila Jazan menyedari  Abdullah Ibn. Masud r.a sedang berlalu pergi, Jazan lalu bertanya kepada kawan-kawannya; “Siapa lelaki itu & apa yang dikatakannya?”

Lalu mereka memberitahunya; “Dia adalah Abdullah Ibn. Masud r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal. Katanya, suara kamu sangat indah. Alangkah indahnya jika engkau menggunakannya untuk membaca Al-Quran!”

Jazan dikejutkan dengan kata-katanya. Dia terus melemparkan alatan muziknya & berlari ke arah Abdullah Ibn. Masud r.a. Kedua-duanya lalu saling berpelukan dengan mengalirkan airmata.

Abdullah Ibn. Masud r.a berkata kepadanya; “Kenapa saya tidak mencintai seorang yang mencintai Allah?”

Selepas itu Jazan telah bertaubat kepada Allah & tinggal bersama Abdullah Ibn. Masud. Daripadanya, Jazan belajar tentang Al-Quran & ilmu-ilmu tentang Islam.

Dan Allah telah menggandakan ilmunya,  sehingga dia menjadi salah seorang ulama tersohor pada zamannya.

Apa sahaja yang kau tinggalkan kerana Allah, Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Tapi jika kau kehilangan Allah, kau tidak kan bisa mencari penggantiNya.

Video & intro by Bro. Shahraiz

Related video;

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s