Artikel di bawah dipetik dari  http://tehlimau.blogspot.com/

Tidak Perlu Meniru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0

Kita jarang untuk mengambil kisah tentang Pilihanraya Umum di luar negara dan disebab itulah kita semua begitu menyanjungi demokrasi pilihanraya yang dipamerkan oleh SPR. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Saya tertarik dengan apa yang YB Saifuddin Nasution ‘tweet’kan, ikutilah perbezaan pilihanraya di Turki dan bandingkan sejujurnya apa yang kita telah lalui di saban pilihanraya.

Perkara pertama; Kebebasan Media.

“Pru turki-capaian media kpd semua parti,election board benarkn semua rapat umum,pemerhati a’bangsa diizinkn …tiada FRU berlegar! Malaysia?”

Perkara kedua; Kerjasama Pihak Polis.

“Rapat umum pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas,tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu”

Perkara ketiga; Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan.

“Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan utk kempen, election board akan batal kemenangan jika blku pelanggaranTiada u help me i help u!”

Perkara keempat; Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan

“Election board tak benarkn umum projek kjaan sepjg tempoh kempen!”

Perkara kelima; Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV.

“Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, parti Has, parti Saadet dan parti chp melalui siaran tv …terangkn manifesto masing2 …RTM,TV3 ???”

Kesimpulannya; Kita tidak perlu mengikuti jejak rakyat Mesir, jika masih ada lagi jalan untuk pilihanraya yang adil, untuk menjadikan ia sebegitu hendaklah kita menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberikan hak keadilan tersebut kepada kita melalui BERSIH 2.0 nanti.

Bagaimana?

Hendaklah kita turun ke perhimpunan BERSIH nanti pada 9 Julai 2011, di sana adalah satu-satunya jalan untuk kita mendapat suatu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Kita bukan merusuh, akan tetapi kita menuntut secara aman.

Bacaan berkaitan;

idhamlim.blogspot.com/BERSIH 2.0-Khalid-jangan-buta-undang2
atau baca di sini;

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s