Bila Lifeline4Gaza bertolak untuk misi kemanusiaan ke Palestin sebelum ini, pemergian NGO-NGO ini tak dipeduikan pun, yang peduli hanyalah mereka yang benar-benar membantu & prihatin pada isu sejagat tersebut. Apabila Mavi Marmara diserang Zionis laknatullah di perairan antarabangsa, insiden berdarah itu menggemparkan dunia, sekaligus menjadikan mereka-mereka di dalam NGO yang terlibat itu personaliti-personaliti penting, wira-wira yang mengalami sendiri keganasan & kezaliman zionis yang gilakan darah & tidak pernah peduli tentang hak & perikemanusiaan.

Lalu kepulangan mereka disambut dengan syukur & gembira oeh rakyat Malaysia yang prihatin. Namun, di antara rakyat & pemimpin itu, ada juga yang ingin mengambil kesempatan & menumpang populariti para wira sebenar ini, sehingga ada yang mengibarkan banner ‘selamat kembali’ di KLIA dengan logo UMNO BN yang sebenarnya angsung tidak berkaitan. Umum mengetahui bahawa kebanyakan wira-wira ini bukanlah penyokong BN.

Alhamdulilah, tak kisahla dengan sikap hipokrit segelintir manusia-manusia itu, para wira itu terus ke serata negara untuk menerangkan tentang apa yang berlaku & seterusnya menanamkan kesedaran tentang betapa pentingnya isu Palestin ini kepada kita, khususnya kepada kita umat Islam.

Menyedari populariti isu Palestin, apatah lagi dengan apa yang telah berlaku, segelintir manusia itu ingin terus mengambil kesempatan, atau lebih tepat lagi membolot kesempatan untuk puak mereka semata-mata, & bila ini berlaku, mereka menyusahkan mereka-mereka yang benar-benar prihatin & bekerja untuk membantu Palestin.

Samada dengan LL4G atau tidak, mereka-mereka yang ikhlas akan terus memperjuangkan bantuan untuk Palestin, kerana bukan populariti murahan itu yang mereka harapkan, tapi kerana redha Allah & persaudaraan Islam.

Dan untuk mereka yang mengejar populariti semata itu, moga Allah memberi kesedaran & pengajaran kepada kamu kerana amal selain kerana Allah itu sebenarnya tidak bernilai langsung.

Artikel di bawah dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

NGO Muslim tarik diri dari sertai Flotilla II
Ismail Hashim
 SHAH ALAM, 24 Jun: Dewan Pemuda PAS menegaskan tidak akan menghantar wakil untuk menyertai Flotilla II dan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia.Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, meski dipujuk oleh pihak terbabit untuk bersama dengan Flotilla II, namun Pemuda PAS enggan.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily petang ini, Riduan berkata, pihaknya akan membantu rakyat Palestin dalam bentuk lain dan tersendiri.

“Kami hanya enggan sertai flotilla II ini tetapi Pemuda PAS akan bantu melalui kaedah lain dan kami akan mengelak diri dari dimanipulasi oleh Umno BN.

“Banyak pihak menyifatkan misi kali ini cuba dikudatunggangi BN yang ingin mewajahkan mereka mesra Palestin sedangkan sudah RM154 juta mereka bayar pada APCO,” tegasnya.

Beliau mengesahkan Ketua  Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi telah dihubungi oleh Pengerusi LL4G, Dr Noorazman Shamsudin melalui panggilan telefon, semalam.

Dalam pada itu, sehingga petang ini semua NGO Muslim yang merintis LL4G untuk menjayakan Flotilla II telah menarik diri.

Setelah Muslim Care Malaysia dan Cakna Palestin secara rasmi menarik diri pada 22 dan 23 Jun, dimaklumkan hari ini Public Campaign to Protect Palestine (PC2P) – Aman Palestine pula akan menarik diri secara rasmi.

Sementara itu ketika dihubungi, Pengerusi Haluan Palestin, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan mengesahkan Haluan Palestin tidak bertanggungjawab di atas apa-apa tindakan Noorazman kerana beliau  tidak mewakili Haluan dalam LL4G Malaysia ataupun Flotilla II.

Jelasnya, kepimpinan tertinggi Haluan telah membuat keputusan rasmi pada hujung April 2011 bahawa Haluan tidak menyertai LL4G Malaysia dan Flotilla II dan Noorazman juga telah dinasihatkan  tidak terlibat.

Menurut Dr Syed Muhamad, penglibatan Norazman dalam LL4G dan Flotilla sekarang ini adalah atas kapasiti individu dan bukan sebagai wakil Haluan.

Sementara itu, Muslim Care pula memaklumkan sedang membuat persiapan untuk misi bantuan ke Gaza melalui Rafah.

Misi ini kemungkinan akan turut disertai oleh Cakna Palestin dan NGO serta beberapa pihak lagi.

Untuk bacaan lebih detail, klik sini.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s