Dipetik dari http://islamreturn.blogspot.com/

Ceramah Presiden PAS di Kota Belud mendapat sambutan

Kota Belud, 4hb: Sambutan penduduk Kota Belud terhadap kehadiran Dato Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang diluar jangkaan apabila dewan lokasi ceramah ajuran PAS Kota Belud penuh dengan tetamu yang hadir. Turut sama pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Saudara Aminuddin Aling, YDP PAS Kota Belud Ustaz Mustaqim Aling, ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu, Setiausaha PKR Negeri Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Belud, Saudara Saidil Simoi.

Menurut Ust Mustaqim di dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat pihak tertentu yang tidak membenarkan bendera PAS dinaikkan diluar dewan. Ini merupakan sistem demokrasi yang songsang apabila pemimpin UMNO hadir, bendera UMNO boleh dinaikkan, namun apabila ada pemimpin PAS yang hadir sebaliknya pula.

Kehadiran tetamu yang memenuhi setiap ruang dewan

Kemuncak ceramah tersebut ialah pada sesi ucapan Presiden PAS, dimana DS Tn.Guru Hj.Abd Hadi Awang telah menerangkan sejelasnya tentang konsep ‘Ke Arah Negara Berkebajikan’. Konsep ini, bukan sahaja menumpukan kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, namun juga merujuk kepada kepimpinan negara yang adil, amanah dan bersih. Namun apa yang berlaku sekarang, kekayaan negara telah diagihkan kepada ahli keluarga pemimpin dan kroni-kroni terdekat. Inilah yang menyebabkan rakyat terus hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mengenai perhimpunan BERSIH yang akan diadakan, PAS komited bahawa perhimpunan tersebut aman dan tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan. Sebaliknya UMNO melalui PERKASA yang mengugut ingin menumpahkan darah dan menimbulkan huru-hara.

Tn.Guru Presiden merasmikan ‘Pelancaran Borang Tanah Felda Plantation’ peringkat Kota Belud

Pada majlis tersebut juga, Pengerusi NGO ANAK, Mazlan Aliman telah melancarkan ‘Borang Tanah Felda Plantation’. Menurut beliau, agenda Buku Jingga yang akan mengembalikan Felda Plantation kepada rakyat akan dilaksanakan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Menurut beliau lagi, di Sabah sahaja terdapat 100 ribu ekar tanah Felda Plantation yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah yang berkelayakan. Apa yang penting, kerajaan Barisan Nasional mesti ditumbangkan pada PRU ke13 nanti sekiranya ingin melihat agenda ini dapat dilaksanakan, menurut beliau.

Lagi gambar sepanjang program:

 Penyokong Pakatan Rakyat dari Pitas (3 jam perjalanan) turut hadir mendengar ceramah
 Kaunter pendaftaran borang tanah, daftar pemilih dan ahli PAS turut dibuka
 Saudara Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah) ketika menyampaikan ceramah beliau
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut sama hadir menyerikan majlis

Gambar terbaik dari Islamreturn untuk para pembaca:

 Pemimpin berjiwa rakyat: Dato Seri Presiden ketika menjamu selera, di sebelah beliau saudara Zulfikar Abd Mijan yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sepangar
Program Dato Seri Tn.Guru Abd Hadi Awang sepanjang di Sabah: 
 Menyambut Tn.Guru Presiden di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
Sidang Media di Pejabat PAS Putatan

Sebelum berangkat ke Kota Belud, Presiden PAS telah sudi merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan yang kini menjadi milik (aset) PAS di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu (Pejabat PAS Putatan, rujuk disini). Seterusnya Dato Seri Presiden telah mengadakan ‘sidang media’ sejurus selepas merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan (disini dan disini).

Keesokannya beliau akan bergerak ke Pulutan, Pensiangan dan menziarahi penduduk pendalaman Sabah. Manakala pada sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di di Hotel Juta, Keningau.

Program Dato’ Seri Presiden di Pendalaman Sabah

Ini antara gambar-gambar yang sempat aku cilok dari Facebook Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah sempena lawatan Tn. Guru Presiden.

Lokasi: Kg. Pulutan, Pensiangan.

 Ketibaan Presiden PAS disambut dengan paluan gong dari penduduk setempat

 

 Ketibaan rombongan ke Kg. Pulutan

 

 Tuan Guru Presiden merasmikan simbolik kehadiran PAS ke Kg. Pulutan

 

 Acara menanam pokok

 

 Ucapan Presiden PAS

 

Wakil penduduk menyampaikan ucapan aluan

 

Rombongan Presiden PAS diarak dengan motosikal oleh pemuda/belia kampung

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s