More videos in youtube, etc. Spread them brothers & sisters. Let the truth known.

Sebarkan. Sebarkan. Sebarkan.

YB Khalid Samad yang menerima ‘layanan baik’ polis

Pakcik yang pengsan ini tidak dibuka garinya oleh polis yang tak tahu nak buat apa setelah menangkap & mengasari, mereka cuma melihat & bersembang sesama mereka sedang orang awam bertungkus lumus membantu. Hanya setelah 25 minit, baru ada bantuan

Kalau di Palestin, yang biasa sekat jalan sampai macam ni cuma Yahudi Zionis.

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/

‘Terima kasih PM sebab tak bunuh kami’

13 Syaaban 1432H. [MOD] –
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Dengan nada sinis, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu rakyat khususnya mangsa keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak.
Gesaan itu katanya kerana Perdana Menteri Malaysia itu mendakwa pihak polis menggunakan tindakan agak “ringan” terhadap peserta himpunan aman itu.
“Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu,” katanya kepada Harakahdaily sambil ketawa terbahak-bahak.
Najib ketika ditemubual CNN di Britain semalam dilaporkan berkata, pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Katanya tindakan polis agak ringan kerana tahanan dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik.
Beliau juga mendakwa tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar oleh polis dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum.
Sambil mendakwa kenyataan Najib itu sebagai kelakar, Khalid yang turut menerima 6 jahitan di kepala akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata pada hari himpunan tersebut mendakwa itulah wajah sebenar autokrat pemimpin nombor satu negara ini.
“Itulah minda autokrat perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan dia.
“Saya yakin dia tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Pada himpunan yang dianggarkan lebih 50,000 orang pada 9 Julai lalu di ibu negara itu, sejumlah 1,667 ditahan oleh pihak polis dan kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan pada hari yang sama.
Ianya termasuk jawatankuasa penganjur, pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menyertai himpunan itu.
Selain Khalid, turut cedera ketika mengelak terkena kelongsong peluru gas pemedih mata adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengawal peribadinya, Fayad Al-Bakri patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan.
Lebih mendukacitakan, seorang peserta turut meninggal dunia selepas sesak nafas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.
Polis bagaimanapun menafikan kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis melepaskan gas pemedih mata tersebut.
Dalam beberapa aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga, ada peserta mendakwa polis menendang dan memukulnya sebelum ditangkap.
Suhakam yang juga menghantar pasukan pemantau pada hari himpunan tersebut juga mengakui, polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan peserta himpunan.
Beberapa bukti kekasan dan keganasan polis itu juga kini sedang tersebar dai internet khususnya di Youtube.
Dan terbaru dalam temubual bersama Malaysiakini, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang “memang kejam” berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.
Beliau merujuk kepada “kebengisan” polis dalam menangani perhimpunan Sabtu lalu itu dan mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.
A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan “berantakan dengan orang awam”.
“Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah,” katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
“Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali,” katanya.
harakahdaily/-
Artikel berkaitan;

Bersih-2-Ibarat-melepas-anjing tersepit

Polis=UMNO BN. What do you expect?

Untuk para polis sekelian, jemput baca link di bawah ni. Moga beroleh sesuatu;

Ustaz Azhar Idrus-Hasil Gaji Yang Diperolehi Polis Yang Zalim

Cerita-menarik-aku-copy-tanpa-edit-jom baca. Khas untuk polis. Pengajaran untuk polis…

Akan terus diupdate insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s