Bismillahirahmanirahim.

Dalam satu tazkirah di sebuah surau di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh beliau, Allahyarhamah Dr. Lo’Lo’ pernah menyatakan kebimbangan beliau tentang pelbagai perkara buruk yang berlaku di negara ini, dari penyelewengan dalam pengurusan negara, kebejatan sosial, hinggalah kepada  kes-kes kemalangan ngeri yang semakin menjadi-jadi. Menyedari bahawa tidak mustahil untuk seseorang mendapat kemalangan & bertemu kematian di jalanraya, beliau menyatakan bahawa jika beliau menaiki kereta atau kenderaan ke mana-mana, beliau tidak akan lupa mengucapkan kalimah syahadah terlebih dahulu.

Itu cerita bertahun-tahun yang lalu, sewaktu saya masih lagi bertugas di bumi di bawah bayu. Pun begitu, sehingga sekarang saya masih mengamalkan membaca syahadah terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Itu mungkin satu-satunya pertemuan dekat saya dengan Allahyarhamah, tetapi ia sangat membawa kesan. Tak dilupakan juga kebaikan suami Allahyarhamah. Saya juga mengikuti tulisan & perkembangan beliau samada di blog atau di mana-mana media.

Bagi seorang pejuang Islam seperti Allahyarhamah, kehidupan adalah sesuatu yang mesti diisi dengan perjuangan di jalan Allah, kerana kematian adalah sesuatu yang pasti, & hanya bekal amal soleh yang ikhlas saja yang akan bernilai di sisiNya selepas fasa kematian itu.

Allahyarhamah adalah seorang pejuang yang juga aktivis masyarakat yang disegani kawan & lawan. Saya pasti tulisan saya ini tiada apa-apa berbanding dengan mereka yang  samada yang biasa dekat dengan beliau, atau pernah menerima pertolongannya.

Saya mohon para pembaca sama-sama doakan & aminkan; terima kasih.

Ya Allah, Kau berikanlah Allahyarhamah Dr. Lo’Lo’ balasan yang terbaik di sisiMu ya Allah.  Kau berilah kekuatan kepada keluarga Allahyarhamah, & Kau berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini . Amin.

Al-Fatihah.

Baca & lihat lagi;

ustaznaim.blogspot/Perjalanan-terakhir-seorang-srikandi

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. Semoga Allah mengasihinya dan memasukkannya dalam kalangan orang yang beriman.. .Mungkin kalau saya nak kata artikel ini adalah belasungkawa saya kepada junior saya yang bernama Jannah yang telah Allah panggil pergi pada 3hb Jun 2010 tempoh hari pastinya saya dikatakan terlewat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s