Salam. Kira-kira seminggu selepas BERSIH 2.0 pada 709 (15 Julai 2011), satu program Pasca BERSIH telah diadakan di Masjid Rusila. Walaupun entry ini dikira agak lewat, tapi saya kira masih belum terlewat untuk maklumatnya dihadam. Sesampainya saya di sana yang dah dipenuhi ribuan manusia (terimakasih kepada penaja kenderaan; Pok Majid atau yang saya panggil Aboh bersama keluarganya=), saya terus ke kuliah yang disampaikan oleh seorang imam Palestin yang datang bersama-sama ahli parlimen HAMAS, & beliau turut mengimamkan solat Isyak pada malam itu. Kuliah diterjemah terus oleh anaknda Tuan Guru; Ust. Mohd. Khalil. Rupanya malam itu turut dihadiri oleh para ahli parlimen HAMAS, satu bonus yang tak dijangka sebelumnya.

Jemaah tak lepaskan peluang bersalam n berpelukan dgn MP HAMAS

Usai solat Isyak, jemaah & ribuan khalayak yang datang dari seluruh negeri Terengganu dll. memenuhi ruang ceramah yang diadakan di pentas utama di luar masjid. Saya pasti kebanyakan maklumat sudah diketahui jadi saya cuma menulis antara perkara menarik yang dipetik malam itu.

Ceramah dimulai dengan YB Abd. Wahid Endut yang memberitahu hadirin peserta himpunan BERSIH 2.0 yang teramai ditangkap adalah dari Terengganu, termasuk 2 orang muslimat menjadikan jumlahnya seramai 313 orang, persis jumlah ahli Badar.

YB Mahfuz mengambil giliran selepas itu, antaranya memberitahu bagaimana PM Najib memberitahu di CNN bahawa tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia semasa himpunan BERSIH 2.0 adalah yang paling ringan (dimana peserta ditumbuk, diterajang, ditembak gas, bahkanhingga menyebabkan kematian). Bagaimana pula kalau yang paling berat. Lalu ditunjuk di TV 1Malaysia tahanan di bawah khemah yang diberi nasi kari ayam sedangkan ada tahanan termasuk YB Mahfuz & YB Salahuddin Ayub sendiri misalnya, cuma diberi cuma sebiji roti planta untuk makan tengahari.

YB Salahuddin Ayub; sempat mengimbau bagaimana PM Najib diberi ‘a very polite insult’ (satu penghinaan yang sopan) oleh Queen Elizabeth & menterinya bila memakai baju kuning. Beliau juga menyampaikan salam perjuangan dari Dr. Jeyakumar yang ditahan di bawah ordinan darurat (pada ketika itu) walaupun telah dibebaskan oleh mahkamah & tiada bukti yang ada untuk mendakwa beliau ingin menentang DYM YD Agung.

Selepas itu, Tuan Guru Abd. Hadi melancarkan Dewan Tok Guru, sebuah dewan terbuka untuk dibina di perkarangan pentas ceramah tersebut yang insyaAllah dapat digunakan untuk keselesaan ribuan penonton ceramah pada masa akan datang termasuklah untuk program anak muda, muktamar dll. Sewaktu pelancarannya sahaja, sumbangan awalnya saja mencecah RM33 ribu, antaranya RM10 ribu dari Syarikat Keropok Lekor 008. Moga dimurahkan rezeki tuan. Orang PAS kalau singgah sini jangan lupa beli keropok lekor kat 008 =)

Lakaran Dewan Tok Guru

Selepas itu, majlis mempersilakan ahli parlimen HAMAS Palestin Ismail AlKhattar memberikan ucapan beliau.

DP Husam Musa yang mengambil tempat selepas itu pula antara lain menerangkan tentang tiada soal PAS diperalat D. Ambigakerana PAS buka menyokong BERSIH kerana pengerusinya tetapi kerana perjuangannya. Juga membangkitkan bagaimana pada tahun 2004, undi umno di Terengganu meningkat 62% yang merupakan peningkatan paling tinggi di dunia; satu perkara yang berlaku bila pilihanraya tidak lagi bersih.

Dan walaupun berada di hospital kerana menjalani pembedahan akibat dilanggar kereta polis raja di Malaysia, Tuan Muhd Sabu malam itu tetap bersama kami menyampaikan kata-katanya melalui siaran video yang dipancarkan khas untuk kami di Rusila.

Kemuncak program malam itu adalah ucapan dari wira rakyat; Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang.

Antara intipati ucapan Tuan Guru malam itu;

-mengingatkan kami bahawa ujian yang kita hadapi ini adalah ujian yang kecil berbanding dengan apa yang dihadapi rakan-rakan dari HAMAS Palestin, tiada apa yang kita hadapi ini berbanding debgan saudara kita di Palestin

-mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda yang terus bersama perjuangan.

-menjelaskan dalil yang menyatakan tiada masalah bekerjasama dengan bukan Islam dalam perkara yang baik

-menceritakan pengalaman beliau dari sebelum & semasa himpunan, ketika berada dalam lori selepas ditangkap, dengan ceria menceritakan anak-anak muda yang turut ditangkap & dimasukkan ke dalam lori yang sama  mengambil kesempatan untuk bergambar dalam pelbagai gaya dengan Tok Guru.

-sewaktu di ibupejabat polis, Tok Guru memberitahu polis, ‘Kami tak menentang polis, kami menentang BN”

-mengingatkan kami bahawa kita yang berada di dalam perjuangan Islam ini, kita cinta kepada kematian lebih daripada hidup,

-hari ini suratkhabar orang Islam menentang Islam, sedang pada masa yang sama suratkhabar bukan Islam lebih terbuka, menyeru rakyat untuk membuat perubahan.

Malam itu sahaja, jumlah kutipan untuk membina Dewan Tok Guru mencecah hampir RM80 ribu. Dan malam itu, kami pulang dengan pelbagai maklumat & suntikan semangat. Gelombang rakyat malam itu jelas kelihatan, apatah lagi selepas perilaku zalim sang pemerintah haloba yang menyangka bumi Tuhan ini milik mutlak mereka. Alhamdulillah, gelombang kebangkitan ini kan terus mara. InsyaAllah. Allahuakbar.

Bacaan berkaitan:

Polis 1Malaysia yang memalukan

Syabas BERSIH-2-0-Takziah kOtOr 3 1/4

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s