Cahaya Seluruh Alam – Al Mawlid

Ya Nabi Salam ‘alaika

Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika

Cahaya telah menerangi
Ke seluruh penjuru alam
Setelah kelahiran
Nabi junjungan yang mulia
Lafaz dan ucapan salam
Bagimu wahai Baginda
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

[*]
Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika

[**]
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Pujian dan kerinduan
Kaulah pembawa kebenaran
Selawat yang berpanjangan
Tanda cinta yang takkan hilang

Kaulah Rasul yang terpilih
Terpuji dan sungguh pengasih (oooh.. pengasih)

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika (oooh.. Mustofa)
Ya Habib Salam ‘alaika (oooh.. cahaya yang wujud)
Solawatullah ‘alaika

Sollallah ‘ala Muhammad (oooh.. cahaya yang wujud)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (oooh.. yang turun kepada)
Sollallah ‘ala Muhammad (kita ummah.. ya Mustofa)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Kau bagaikan cahaya bulan purnama
Kekasih yang mulia sungguh sempurna
(oooh.. cahaya seluruh alamku)

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (Ya Habibi)
Solawatullah ‘alaika (Ya Rasul)

Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad
(ku perlukan bimbingan darimu)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
(ku perlukan syafaat darimu)
Sollallah ‘ala Muhammad (Muhammad)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (Nabiyallah)

Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (aku rindu padamu)
Solawatullah ‘alaika
(sambutlah salam dan rindu dalam hatiku)

Ulang [**]
Ulang [*]
Ulang [**]

Bismillahirahmanirahim.

Khamis lalu menonton satu rancangan sementara menunggu waktu iftar; ‘Inilah Kisahku.’ Cerita berkisar mengenai penghijrahan Amer Munawer, bekas ahli kumpulan Ruffedge kepada  hidup yang lebih tenang yang lebih dekat dengan Allah & RasulNya. Beliau menceritakan, bagaimana ianya bermula dari satu majlis memperingati Rasulullah s.a.w yang dihadirinya. Selain Amer, rakan-rakan dari kumpulan Ruffedge, VE & Inuendo juga turut menjalani hijrah tersebut. Mendekatkan diri dengan majlis ilmu, & bersantai dengan seni yang lebih mengingatkan manusia kepada Allah & Nabi Muhammad s.a.w.

Hati ini senang & tenang sekali dengan penhijrahan mereka ini. Pun mereka juga menyedari sebagaimana yang dinyatakan Pot (ex Innuendo), bahawa bersama penhijrahan ini juga datang juga ujian yang menguji, menyeru untuk kembali berada dalam dunia lagha seperti & alpa, & memungkinkan mereka untuk tergelincir lagi. Dan menyedari perkara ini, mereka meminta kita saudara-saudari di dalam Islam supaya mendoakan mereka.

Bila seorang itu berubah kepada yang lebih baik, pastinya fitrah hati kita ini gembira. Tapi bila beberapa orang anak muda berubah, itu pastinya sangat-sangat wajar disyukuri, & segala puji pastilah kepada yang memberi rahmat hidayah itu kepada mereka; Allah ArRahmani Rahim. Saya cukup tertarik dengan bagaimana penghijrahan Amer menjadi pemangkin pula kepada penhijrahan sahabat-sahabatnya yang sebenarnya turut sama mencari sesuatu yang tidak dapat mereka temui dalam dunia mereka sebelum ini.

Jujurnya, saya bukanlah peminat R&B & soul sebelum ini, tapi bila Al-Mawlid mendendangkan lagu-lagu mereka yang memuji Allah & RasulNya, hati ini cukup tersentuh. Dulu mungkin mereka kelihatan cool dalam dunia Belaian Jiwa atau Da Bomb mereka, tapi kini mereka benar-benar ‘cool’ dalam ertikata yang sebenarnya. Sememangnya, apa lagi yang lebih cool atau hebat, selain dari menjadikan diri sebagai hamba Allah & RasulNya yang bertaqwa. Am I right?

Alhamdulillah. Moga kalian akan terus diberikan kekuatan. Moga kalian terus istiqamah. Amin.


Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)

-Asy-Syams: 9 & 10.

Seluruh Mahabbah – Amer Munawer

Bulan pun pernah menyaksikan kisah
Cinta seorang nabi yang mulia
Apalah daya untuk kita semua
Meraih cintanya yang suci dan tuluis
Di lahirkan ke dunia
Untuk kita semua
Dialah pembawa cinta sebenarnya

*
Ya Rasulullah
Seluruh mahabbah
Ku berikan ku nyatakan
Hanya kepadamu
Ya Rasulullah
Seluruh mahabbah
Ku berikan ku nyatakan
Hanya kepadamu

Wajah Baginda
Penuh bercahaya
Kekasih Allah yang  paling setia
Bumi Madinah menjadi mulia
Menghubung hati yang merindu padanya

Dilahirkan ke dunia
Untuk kita semua
Dialah pembawa cinta sebenarnya

Ulang *

Bacaan berkaitan;

shakinahsholehuddin.blogspot/Hidayah-Allah-al-Mawlid

Dimensi-al-Mawlid-Bersatu-dikelas-agama

Tidak tertekan dengan penghijrahan

fenomenasyid.blogspot.com/Apabila-kita-reda-dengan-ketentuan Tuhan, kita dijanjikan dengan kegembiraan

One response »

  1. YA RASULULLAH SAMU ALAIKA HAPPY MAWLUD I AM FROM NIGERIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s