Bismillahirahmani rahim.

Salam. Tahun ini saya tak mengucapkan selamat hari raya di sini. Bukan tidak meraikan, tapi mungkin sebagai satu ingatan kepada diri sendiri untuk membetulkan yang biasa, & biasakan yang betul. Maaf tetap dipohon, & telah dinyatakan sebelum Ramadhan yang telah berlalu.  1 Syawal telahpun berlalu, cukuplah tu. Kecuali untuk meraikan kebesaran Allah, meraikan kecintaan kepada Rasul s.a.w, mengeratkan silaturahim, membantu & menceriakan mereka-mereka yang memerlukan, berdakwah kepada masyarakat & menegakkan syariat Islam, yang lain tu rasanya tak perlula sangat. Lagipun itulah tujuan hari besar Islam ini kan? Untuk meraikan kejayaan menempuhi tarbiyah Ramadhan, selain dari sebab-sebab yang dinyatakan tadi.

Saban hari Idulfitri telah dirosakkan untuk menyuburkan pembaziran, maksiat, & aktiviti yang lagha & sia-sia, terutama bagi segolongan masyarakat Melayu yang masih meletakkan adat melebihi Islam. Adat yang baik kita raikan, tapi adat yang buruk di sisi Islam tak perlula dipedulikan sebenarnya, & dalam masyarakat kita terlalu banyak perkara yang seperti itu, termasuklah dalam urusan perkahwinan, hiburan dll. Lalu perkara-perkara yang halal & dibenarkan oleh fitrah akhirnya menjadi sesuatu yang tiada nilai di sisi Allah bahkan menjadi penyebab kemurkaanNya.

Masjid & surau seperti biasa, penuh & ada yang melimpah-limpah pada 1 Syawal dengan manusia-manusia yang menunaikan solat sunat IdulFitri & seperti biasa, lengang atau tiada orang pada waktu solat fardhu. Saya teringat sewaktu saya di Kota Kinabalu Sabah beberapa tahun dahulu, bila pergi ke 2 buah masjid yang popular di KK, didapati jalan-jalan luarnya telah ditutup kerana jemaah melimpah hingga ke jalan kerana terlalu ramai & jalan terpaksa ditutup. Akhirnya saya telah menunaikan solat sunat IdulFitri di sebuah surau yang alhamdulillah bermula agak lewat kerana rata-rata jemaahnya telah maklum akan situasi itu. Di sini (semenanjung) walaupun saya masih belum berjumpa dengan masjid yang terlalu melimpah-limpah seperti itu pada 1 Syawal (barangkali kerana jumlah masjid & suraunya yang lebih banyak), tapi keadaan di waktu biasa (solat fardhu) adalah lebih kurang sama, terutamanya bagi masjid atau surau yang tidak dihidupkan dengan aktiviti masyarakat atau majlis-majlis ilmu yang konsisten.

Suasana di setiap pagi raya itu seolah-olah mengundang pertanyaan kita, di mana mereka yang ramai ini di waktu solat fardhu yang pahalanya dijanjikan jauh lebih besar? Tanpa menafikan kepentingan solat sunat itu sendiri, barangkali kita masih jauh lagi daripada seruan yang menyatakan umat Islam akan mampu menewaskan yahudi zionis bila solat Subuh berjemaah ramainya seperti solat Jumaat. Ya, malangnya, ia memang menyedihkan hari ini. Sedih, tapi benar. Dan disaat Islam dipermainkan oleh umat Islam sendiri, suasana ini kan terus begini sekiranya kita terus tidak meletakkan Islam pada tempatnya.

Saya teringat pada pengalaman Ustaz Azman Shapawi yang diceritakan beliau dalam tazkirahnya pada malam terakhir Ramadhan di Surau Tuan Guru Ustaz Daud. Ustaz Azman pernah bertanya pada seorang pemandu teksi di sekitar Masjidil Haram tentang berapa kalikah pemandu tersebut pernah menunaikan haji. Pemandu tersebut memberitahu beliau tidak pernah menunaikan haji kerana di waktu musim hajilah beliau mendapat keuntungan paling tinggi. Dan berdasarkan pengalaman  saya di sekolah berasrama sebelum ini, ada warden & guru yang tinggal bersebelahan surau pun tak pernah menjejakkan kaki ke surau kecuali ada urusan ‘rasmi yang melibatkan ramai orang’ seperti solat tarawikh & majlis tertentu.Bila ada ustaz & guru yang ingin mengimarahkan surau dengan aktiviti bermanfaat, mereka suka ‘mengganggu’ dengan alasan mengganggu program akademik. Ironiknya, program yang bersifat lagha & hiburan dibenarkan pula, bahkan kadang-kadang disertai oleh mereka. Maka alangkah rugi & malangnya kita, bila telah diberikan nikmat Islam, tapi memilih untuk tidak mahu mengambil & menikmati ganjaran yang telah dijanjikan Allah kepada mereka yang hatinya dekat pada masjid-masjid Allah. Atau adakah kita mahu tergolong dalam golongan mereka yang tidak diberikan hidayah oleh Allah? Nauzubillahi min zalik.

Beruntunglah golongan ikhlas yang sedikit, yang terus berjuang memastikan hukum Allah diletakkan di tempat yang tertinggi, yang menyeru kepada yang makruf & mencegah yang mungkar. Pesanan ini untuk diriku yang masih terlalu fakir dalam ilmu & amal, & kepada sesiapa yang sudi mengambil iktibar. Salam Syawal untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w.

Minal a’idin waal-fa’izin, kullu ‘amin wa antum bikhair.

Semoga kita berada di kalangan orang yang kembali kepada fitrah & berjaya, setiap tahun hendaknya kamu dalam kebaikan.

Bagi yang masih malas ke masjid@surau, barangkali buku ‘Masjid itu Hidupku’ karangan Ustaz Mohd. Gunawan boleh membantu insyaAllah.

InsyaAllah.

Video dari http://www.youtube.com/user/piouspoet

Sangat direkomen untuk dibaca;

ustaznaim.blogspot/khutbah-aidilfitri-1432h-2011m

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s