Bismillahirahmani rahim.

intro

Beberapa minggu ini adalah minggu yang banyak menguji dari segala segi, tapi kemuncak dari itu hanya datang beberapa hari yang lalu. Bila saya mengambil satu keputusan yang insyaAllah akan menaikkan lagi tahap penghijrahan diri ke arah yang lebih baik, mudah-mudahan Allah membuka jalan & memberikan saya kekuatan.

Sejak tahun 2003, saya telah melalui fasa-fasa perubahan yang berperingkat, diuji dengan pelbagai ujian & telah mengenali ramai manusia-manusia baik yang banyak membantu saya samada secara langsung atau tidak langsung, samada saya pernah bertemu mereka ataupun tidak, antaranya Ustaz Zul Amri, Ustaz Abdullah Din, Nadir, Sahabat-sahabat sekretriat, Prof Kamil Ibrahim dll., juga melalui beberapa buku-buku yang saya  baca, video-video yang saya tonton, juga beberapa program yang saya hadiri. Dari mereka & semua ini, saya berusaha berubah & banyak kali saya tewas atas faktor kelemahan diri sendiri. Tapi saya cuba juga untuk terus berjalan di atas jalan yang sepatutnya itu, sedikit demi sedikit.

Beberapa ujian sejak beberapa bulan yang lalu seakan menjadi kemuncak kepada ujian-ujian yang  ‘biasa’ dilalui sebelum ini, tapi beberapa hari yang lalu Allah telah membantu saya untuk melihat dengan lebih jelas & membuat keputusan, & kini saya merasa bebas & lebih tenang. Punca banyak permasalahan adalah kelemahan saya sendiri, tapi bila kita bersedia berkorban, Allah menjadikan diri kita lebih dekat kepadanya, & itulah kemerdekaan yang sebenarnya. Alhamdulillah, di dalam segala keributan & tekanan yang menghimpit, saya kini dapat lebih fokus pada apa yang ingin & sepatutnya saya lakukan, & Allah telah memberikan keyakinan untuk melakukannya. Alhamdulillah.

Dulu Rock Kini Dakwah

Bila mendapat maklumat dari flyer yang terselit di kereta tentang program Dulu Rock Kini Dakwah itu, saya memang berniat untuk pergi, di mana selain YB Ustaz Wan Hassan yang saya hormati, selain Ust. Wan Sukhairi, yang paling menarik secara personalnya tentulah Sham Kamikaze, bekas guitarist kumpulan rock Kamikaze yang yang memang saya ikuti perkembangan penghijrahannya terutama dari video-video di youtube, sewaktu saya surf tentang Amer Munawer & Wardina, yang juga turut melakukan hijrah peribadi ke arah yang lebih baik.

Jadi malam tadi saya terus Isyak di Surau Tn. Guru Zainal Abidin bersama Wafiy, & ikuti program tersebut yang diadakan di perkarangan surau yang dihadiri oleh hadirin yang sangat memberansangkan, terutamanya anak-anak muda.

Ustaz Wan Hassan memulakan penerangan, antara lain mengimbau tentang bagaimana tiada karenah birokrasi sewaktu PAS memerintah Terengganu sebelum ini, juga tiada masalah rasuah sebagaimana yang berlaku sekarang. Juga kesal dengan pelbagai masalah agama & sosial yang semakin membarah bila tiada tindakan menegakkan hukum Allah.

Menyusul selepas itu. Ust. Sukhairi antaranya mengingatkan tentang amanah & tanggungjawab, bahawa semua yang dibuat tidak kira samada oleh PM, ustaz, ataupun rakyat, semua yang dibuat dicatit oleh malaikat Raqib & Atiq. Ustaz juga menerangkan tentang kandungan buku jingga yang menjadi asas bagaimana PR akan memberikan kebajikan kepada rakyat jika rakyat memilih mereka sebagai kerajaan insyaAllah.

Sham Kamikaze selepas itu memulakan tazkirah beliau tentang 2 perkara; ghibah & ghitah, & keperluan untuk kita menjauhkan kedua perkara tersebut. Beliau juga turut menyatakan kekesalan dengan sikap mereka-mereka yang meremehkan & menidakkan hukum hudud yang datang dari Allah.

Dengan merendah diri, Sham menjelaskan walaupun ilmu & kemampuannya terhad, apatah lagi dengan penghijrahannya yang baru kira-kira 6 bulan, beliau tetap membuat sedaya yang termampunya kerana berdakwah bagi setiap muslim itu adalah wajib. Sham mengingatkan bahawa dakwah adalah perniagaan multilevel yang paling menguntungkan kerana ganjarannya akan terus berkekalan sehingga akhir waktu. Oleh itulah, kita semua jangan mencari alasan untuk tidak melakukannya & sebaiknya melakukan apa yang kita mampu untuk berdakwah.

Beliau turut menceritakan tentang bagaimana beliau mendapat hidayah, bermula dari niat untuk menjaga solat & sekadar jalan-jalan cari masjid.

Sham turut menjelaskan sebagaimana hiburan itu merupakan perkara fitrah bagi manusia, & cara paling mudah untuk berdakwah juga adalah melalui hiburan, dengan menggunakannya sebagai tool/alat untuk tarik orang muda ke program-program Islam & ilmu. Orang-orang seni ini melakukan apa yang ada dalam kemampuan mereka, menarik anak-anak muda, & waktu itulah ustaz-ustaz  memberikan kefahaman, tazkirah kepada mereka. Sekiranya dilakukan dengan penuh berhikmah, anak-anak muda ini insyaAllah pastinya dekat dengan Islam, kerana jiwa mereka sebenarnya lembut jika kita mendekati mereka dengan hikmah. Kata-kata Sham ini juga mengingatkan tentang bagaimana Ust. Wan Hassan sendiri pernah melembutkan hati ‘rock’ saya dengan senyuman & salam beliau yang mesra tanpa prejudis sepertimana yang pernah diceritakan sebelum ini.

Secara peribadi, saya dapat melihat magnet yang sangat kuat pada Sham dengan anak-anak muda yang berpusu mendekatinya selepas itu samada untuk bersalam, mengambil gambar, & ada juga yang meminta nasihat. Ada sesuatu yang saya sendiri dapat rasakan bila bersalam & mendekati beliau. Satu perasaan tenang & gembira pada masa yang sama. Wajahnya yang murah dengan senyuman mengambarkan kebahagiaannya dengan kehidupan barunya itu, & ia memberikan saya pandangan yang jelas tentang keputusan yang telah saya ambil beberapa hari yang lalu.

Terimakasih untuk semua yang telah menjayakan program penerangan yang sangat baik ini.

Terimakasih Sham, kerana telah memberikan saya suntikan untuk istiqamah dalam fasa perubahan yang baru ini.

Dan terlebih dari itu, terimakasih Allah, kerana aku pasti Engkau yang telah menyusun dengan cantik aturan-aturan yang telah berlaku pada aku ini. Moga Allah akan terus memberikan kita kekuatan untuk menjadi hamba-hambaNya yang ikhlas menyintaiNya. Amin Ya Robbil alamin.

Video berkaitan;

*Kalau anda tak dapat dengar audio dari video di atas, itu disebabkan oleh masalah copyright di youtube. (masalah la youtube ni… ;( Nasib baik dah sempat download😉

Lagi kisah hijrah;

Kini jiwa saya lebih tenang- Iwan Syahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s