Lelaki yang badannya penuh bertatoo itu pernah bergelumang dengan dadah, jenayah, aktiviti gansterism, juga dengan pelbagai kotoran dunia yang melalaikan di Amerika. Tapi Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang menyelamatkannya dengan hidayah melalui ayat-ayat Al-QuranNya yang mulia sewaktu dia berada di penjara.

Kini sebagai kaunselor & motivator yang tersendiri, Brother Tauheed Haynes menjadi manusia yang mengajak manusia lain kepada Allah, & berusaha menyelamatkan & menyediakan tempat perlindungan untuk mereka-mereka yang bermasalah dari hanyut melalui Islamic Rehabilitation program (Program Pemulihan Islam) iaitu First Islamic Healing & Wellness Center yang diasaskannya.

Melalui program pusat pemulihan Islamik ini, beliau cuba membantu mereka-mereka yang bermasalah sosial & lain-lain samada muslims ataupun non-muslims untuk kembali kepada kehidupan yang bersih, & khususnya kepada muslims; untuk kembali kepada Allah.

Filem Pendek: Return to The Deen

Apabila menonton filem pendek Return to The Deen yang dihasilkannya, ia sepatutnya menyedarkan kita bagaimana kita sepatutnya lebih bersikap mendengar & terbuka kepada mereka yang ingin meluahkan masalah mereka & mereka yang hanyut agar mereka kembali kepada jalan yang sepatutnya. Juga, kita tak sepatutnya menjadikan adat & keturunan sebagai penghalang untuk remaja, sebagai contoh untuk menjalani hidup sepertimana yang dikehendaki syarak contohnya dalam hal perkahwinan. Ia sepatutnya sesuatu yang sepatutnya dipermudahkan, bukan disusah-susahkan sebagaimana yang juga berlaku dalam masyarakat Melayu kita di Malaysia ini. Hasilnya, mereka memilih jalan maksiat. Betul, individu itu sendiri sepatutnya boleh berfikir tentang kebaikan & keburukan tapi melihat pelbagai faktor bermula dari sistem pemerintahan, media, & kekeluargaan yang telah banyak dirosakkan oleh tangan-tangan manusia  hari ini, kita tidak boleh menyalahkan individu-individu itu 100%. dan bila mereka meminta bantuan, bila mereka ingin berubah, tanggungjawab kita sebagai muslims adalah membantu mereka semampu kita, sepertimana yang dilakukan oleh Bro. Tawheed Haynes ini.

Melihat usaha Bro. Tawheed Haynes, saya merasa malu dengan usaha saya sendiri sebagai muslim untuk membantu saudara-saudari saya untuk berubah kepada yang lebih baik. Dengan latarbelakangnya, beliau tidak lagi berpaling ke belakang, tapi berusaha menjadi hamba Allah yang taat & membantu orang lain untuk membuat perkara yang sama. Kita sendiri bagaimana?

Anda boleh menonton short movie ‘Return to The Deen’  yang menggambarkan serba sedikit tentang senario yang berlaku, juga usaha-usaha yang dilakukan oleh Bro. Tawheed Haynes melalui pusat pemulihan yang diasaskannya itu.

*Jujurnya, saya sangat tersentuh pada babak bila Bro. Tawheed bertanya kepada watak saudari yang telah terlanjur & meminta bantuan itu; “Bila kali terakhir kamu solat?” lalu beliau menghulurkan telekung untuk solat. MasyaAllah…

Tontonilah. Moga beroleh sesuatu.

Untuk lebih video authentic dari Bro. Tawheed, juga  tentang usaha yang dilakukannya, sila ke link-link berikut. Anda juga boleh turut menyumbang & sebarkan. Jazakallah.

http://www.youtube.com/user/returntothedeen

http://www.returntothedeen.org/

http://www.facebook.com/returntothedeen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s