Dipetik dari http://abunuha.wordpress.com/ & http://www.niknasri.com/

NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS

NEGARA KEBAJIKAN BN

Negara Berkebajikan: Najib Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham

Dalam membentangkan Bajet 2012, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: “Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? ”

Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh Najib itu, maka disebut kemudiannya: ” Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini, apabila:

Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;

Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan

Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.

Kesimpulannya, keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja 2.3 bilion ringgit dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?”

Jelas, apa yang difahami oleh Najib tentang konsep negara berkebajikan hanyalah dalam bentuk harga asal barang makanan, kemudiannya mendapat subsidi dari kerajaan BN yang baik hati dan berkebajikan itu.

Kesimpulan yang terlalu simplistik, bahkan sangat dangkal dengan konsep yang sangat jauh difahami oleh PAS. Kebajikan bukan hanya dalam bentuk subsidi tetapi melangkaui jauh dari itu. Justeru, Presiden PAS yang cepat memberikan respon untuk isu negara berkebajikan ini dalam pembentangan Bajet 2012 menjawab kedangkalan Najib ini.

Benarkah Najib tidak faham konsep negara berkebajikan tawaran PAS? Atau buat-buat tidak faham? Zaman ini zaman IT canggih, boleh dibaca, didengar dan dilihat dalam pelbagai bentuk medium penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu. DSTG Presiden PAS telah kemukakan dalam Muktamar PAS ke 57 dahulu. Ucapannya ada dalam bentuk youtube, teks yang boleh dibaca-soft copy dan hard copy, ditambah dengan sebuah buku khas mengenai konsep Negara Berkebajikan. Juga ucapan dalam program khusus anjuran Dewan Ulama PAS Terengganu di Markas PAS Kuala Ibai, ucapan di Parlimen sendiri secara langsung dan dari mulut. Benarkah masih tak faham atau sengaja buat-buat tak faham?

DSTG Presiden sekali lagi membuat penerangan tentang konsep negara berkebajikan itu untuk ke sekian kalinya sebagai respon kedangkalan Najib itu dalam pembentangan Bajet 2012 dengan menggariskan tiga asas utama Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

Pertamanya, Negara Berkebajikan mesti ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti.

Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua.

Integriti! wa ma adraaka ma integriti! (Tahukah kamu apakah itu integriti). Isu pembunuhan Altantuya, komisen kapalselam, cincin berjuta, kos belanja di luarnegeri, kos baiki rumah, bil elektrik dan lain-lain menghantui kepala saya apa itu integriti. Royalti petroleum Terengganu dan Kelantan menidakkan ciri wajib tolong dengan adil. Konspirasi tuduh liwat bercanggah dengan nilai kepimpinan berakhlak.

Ketiga-tiga ciri inilah yang hampir hilang dari kepimpinan negara di peringkat Pusat sekarang yang memerintah Malaysia melalui sistem pilihanraya tempang, di samping penafian hak negeri Pakatan Rakyat, ditambah dengan pembolotan harta negara oleh segelintir penguasa walaupun ayat al-Quran yang berkaitan dengan harta yang beredar di kalangan orang berkuasa itu juga dimasukkan dalam Bajet ini. Saya bimbang ayat al-Quran itu bukannya mengukuhkan pembentangan Bajet tetapi sebaliknya ‘kena’ ke atas kepala sendiri.

_________________

Untuk memahami dengan lebih jelas, boleh baca buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, YB DS TG Abdul Hadi Awang ini. Berikut ulasannya dipetik dari http://abunuha.wordpress.com/

KONSEP ASAS NEGARA BERKEBAJIKAN

Penulis : Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Penerbit : Dewan Ulama’ PAS Pusat

Para Ulama Tafsir di kalangan para sahabat, tabi’in dan seterusnya menyatakan bahawa kalimah ‘kebajikan’ yang disebut oleh al-Qur’an adalah mempunyai maksudnya yang sangat luas dan menyeluruh sehingga merangkumi seluruh ajaran Islam yang sempurna, bukan sahaja dalam hubungan dengan manusia di alam dunia dan segala keperluannya, bahkan merangkumi hubungan dengan Allah yang ada perhitungan dosa dan pahala sehingga ke hari akhirat.

Kebajikan itu bukan sahaja beramal baik dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah, bahkan termasuk menunaikan perintah Allah supaya beramal baik terhadap makhlukNya, manusia, binatang, tumbuhan dan lainnya. Begitu juga terhadap seluruh manusia samada penganut Islam mahupun bukan Islam.

Kejayaan yang memberi erti yang sebenarnya adalah dengan melaksanakan kebajikan itu secara menyeluruh, termasuklah peranan yang lebih besar melaksanakan kebajikan itu secara organisasi yang menggabungkan kalangan umat sehingga ke peringkat menegakkan negara.

Apabila disebut negara maka hendaklah merangkumi rukunnya, iaitu para pemimpin yang baik dan berakhlak, beriman dan budiman, bukan sahaja berilmu dan berpengalaman, bahkan termasuklah perlembagaan dan undang-undang yang adil kepada semua, rakyat bermoral dan taat dalam perkara yang baik, bukannya bertuhankan kerajaan sehingga mentaatinya secara mutlak tanpa mengira adil atau zalim, baik atau buruk.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s