Pic: Truth is, we need more of this type of 'himpun.'

Dipetik dari http://pukullima.blogspot.com/

HIMPUN OH HIMPUN

Komen seorang saudara seagamaku di FB,

Salam saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian🙂

Saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, dan setiap kita, 4 persoalan, sebelum kita beriya-iya nak cakap pasal HIMPUN, murtad, masalah umat Islam dll…

1. Sudahkah kita menghadiahkan terjemahan Al-Quran, dengan bungkusan yang special dan senyuman manis kepada saudara kita yang bukan Islam?

2. Sudahkah kita bercerita tentang Islam, sekurang-kurangnya kepada seorang bukan Islam, sekali seminggu?

3. Sudahkah kita membantu saudara-saudara baru yang terdekat yang kita kenali? Bantu mereka (hantar/memandu) ke pusat pengajian, belikan buku-buku, tudung, Quran dan lain-lain keperluan?

4. Sudahkah kita menginfaqkan sebahagian wang yang kita ada untuk aktiviti-aktiviti dakwah kepada bukan Islam & institusi-institusinya seperti Hidayah Centre, ABIM Outreach, Macma dll?

Jika sudah selesai ke-empat-empat perkara ini, hanya ada 2 kemungkinan :

1. HIMPUN sudah tidak perlu lagi diadakan…

2. HIMPUN di adakan dengan penuh semangat dakwah & kasih sayang yang merentasi bangsa dan warna kulit. Pertemuan di HIMPUN bukan lagi disajikan dengan pekikan slogan-slogan. Tetapi, dipenuhi dengan warna-warna ukhuwwah fillah dan kasih sayang… In fact di waktu itu, non-muslim pun boleh di alu-alukan hadir ke HIMPUN. HIMPUN menjadi satu medan magnetik dakwah yang besar, ada tea tarik session dalam kumpulan, persoalan-persoalan tentang dakwah dan Islam yang boleh diajukan dan dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan kerja, sidang pleno dll.

Dan HIMPUN di waktu itu adalah himpunan kemanusiaan di mana Islam memayungi, sebagai rahmatan lil alamin!

HIMPUN oh HIMPUN…

Allahu’aklam…

Muhamad Zulkarnain

Tambahan saya: 

5. Sudahkah kita berusaha menegur dan menyelamatkan akidah anak-anak muda beragama Islam yang sudah jelas menyimpang akidah mereka? Mereka yang merempit, bohsia, berpacaran, mengadakan seks rambang, tagih dadad dan lain-lain? Atau kita sekadar melihat dalam diam, anggap taida kaitan dengan agama Islam, marah dalam hati ,’ anak siapa mereka tu? mak bapa tak ajarkah?’ dan dalam hati berkata, ‘kubur masing-masing’?

6. Sudahkah kita mempromosikan rasul kita yang disayangi, Nabi Muhammad saw kepada non-muslim dan sesiapa saja yang kita kenal? Atau kita masih sibuk buat promosi percuma untuk artiste, penyanyi palkon termasuk mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna melebihi yang kita lakukan untuk diri Rasulullah? 

7. Sudahkah kita menjelaskan kepada orang ramai bahawa Islam agama keamanan? Bahawa Islam is not a religion of war, Muslims are not terrorists? Sudahkah kita berusaha mengikis tanggapan negatif di kalangan umum? Di kala agama lain menghulurkan bantuan, menghulurkan kasih sayang, menghulurkan tangan untuk saling menghormati, apakah kita di Malaysia hanya mampu untuk mengecam, mengutuk, menggunakan ancaman dan juga mengugut, demi menyebarkan agama ‘Islam’ yang salah satu makna literalnya ialah ‘kedamaian’? 

8. Adakah HIMPUN akan membantu mendekatkan yang mahu murtad/sudah murtad kepada Islam, mendakwahkan Islam sebagai agama yang benar dan indah kepada non-muslim atau menjauhkan mereka?

9. Adakah aktiviti ini akan membantu saudara baru untuk berdakwah kepada keluarga yang masih non-muslim, atau lebih mengeruhkan keadaan bagi mereka?

10. Adakah selepas HIMPUN, kita akan seronok dan selesa? Beranggapan bahawa kerja dakwah kita kepada non-muslim serta islah kepada muslim sudah selesai, dan puak tertentu sudah gerun?

inksensei:

Totally agree. Why don’t the HIMPUNers help me spreading Islam by spreading this blog? :http://jomislam.wordpress.com/ Jazakallah =)

Baca lagi;

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium

27 Zulkaedah 1432H.
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.
Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.
PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.
Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.
Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.
Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.
“Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan,
meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak,” ujarnya yang juga Adun Manir.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s