Artikel dibawah dipetik dari http://www.niknasri.com/ . Video dari http://www.youtube.com/user/buletinonline

Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan

Allah peliharakanlah terengganuSempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti UMNO ke 3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu pada hari Jumaat dan Sabtu (14 dan 15 Okt 2011), PAS Terengganu telah melancarkan manifestonya untuk PRU ke 13 yag disempurnakan oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Temanya ‘Terengganu Maju Islam Berdaulat Negeri Berkebajikan’. Dalam majlis tersebut, 5 manifesto yang menjadi sebahagian dari keseluruhan manifesto dikemukakan kepada rakyat untuk ditawarkan jika diberi amanah memerintah Terengganu:

-melaksanakan pengecualian cukai kediaman

-menyelesaikan isu tanah yang dirampas/diambil oleh kerajaan BN

-Cuti bergaji 30 hari kakitangan kerajaan kematian suami

-menyediakan 17,000 peluang kerja dalam 3 tahun kepada rakyat Terengganu

-Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin

Pelancaran manifesto PAS Terengganu ini dibuat dalam keadaan PRU 13 sudah terlalu hampir, cuma tarikhnya sahaja belum diketahui. Pelancaran ini menunjukkan PAS Terengganu sudah bersedia dengan kerangka pemerintahan dan tawaran buat rakyat. 5 perkara yang disebut adalah antara perkara yang melibatkan kebajikan rakyat.

Tema ini mempunyai 3 katakunci: Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan

PAS bukan anti-establishment, atau anti pembangunan dan kemajuan. Pemerintahan PAS di negeri yang diterajui menunjukkan PAS telah melaksanakan pembangunan dan kemajuan. Konsep dan cara yang mungkin berbeza dengan kemajuan yang difahami oleh UMNO/BN.

Di Terengganu, PAS telah meletakkan batu asas mendaulatkan Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu. Tinggal lagi pelaksanaan terhadapnya. UMNO/BN tidak boleh diharap bagi menyuburkan undang-undang dan hukum Islam yang telah dipasak itu. Islam Berdaulat juga menunjukkan bahawa kemajuan sesebuah negeri tidak boleh dibiarkan tanpa asas melainkan mestilah kemajuan itu didasarkan kepada Islam.

Negeri Berkebajikan menjadi tema Muktamar PAS ke 57. Buku Jingga juga telah diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat. Kedua-duanya menjadi tawaran istimewa kepada rakyat yang dahagakan satu bentuk pemerintahan yang jauh lebih bernilai dari pemerintahan BN.

Khurafat yang mengatakan hanya UMNO/BN dapat melaksanakan segala bentuk kemajuan dan pembangunan mesti dibasmi. Soalnya, adakah pengundi-pengundi Melayu di kampong dan luarbandar, Myanmar, Kemboja, Bangla, Indon, Filipina dan lain-lain itu akan mengun di PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s