Dipetik dari http://www.niknasri.com/

BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!

elton john kaum Lut

Sebuah akhbar harian melaporkan Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 22 November ini di Genting Highlands. Elton John ‘berkahwin’ (ptuih!) dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John. Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ (uweek!) hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“, katanya.

Apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya. Artis yang cukup rosak seperti ini mahu dibawa ke negara Malaysia? Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini.

Mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja. Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masa depan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya.

Ada juga yang beralaskan dengan hak asasi manusia. Hak untuk bercakap ok. Hak untuk menyuarakan pandangan ok. Hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan ‘bersuami isteri’ secara songsang menyalahi fitrah semulajadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.

Remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang. Itu tak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai. Pergi ke enjin pencari di internet dan taip ‘gay’ atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia.

Kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang. Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri.

Bacaan seterusnya;

Konsert Elton John: Respon Kepada Komentar RPK

Bacaan berkaitan;

idhamlim.blogspot/pemuda-PAS-bantah-konsert-elton-john

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s