Dipetik dari http://tintajundi.com/

November 2, 2011
I Hidup ini kadang tak terjangka teman, awan hitam boleh tiba-tiba melibas langit yang cerah dan membawa gerah. Panggung kehidupan ini begitu berwarna warni, sebab itulah dunia ini tidak sekadar...

I
Hidup ini kadang tak terjangka teman, awan hitam boleh tiba-tiba melibas langit yang cerah dan membawa gerah. Panggung kehidupan ini begitu berwarna warni, sebab itulah dunia ini tidak sekadar mempunyai hitam dan putih. Aku terpanar, apabila menerima berita Farhana, gadis kecil anak teman baikku Abang Dai (aktivis dakwah Tawau) sedang dioperasi perutnya di hospital. Bermula dengan sakit perut, akhirnya melarat kepada buah pinggang. Kini perutnya ditebuk sang perawat. Anak comel itu sedang bertarung dengan maut. Bapanya tidak punyai apa pun, kecuali teratak usang. Bekerja siang dan mlm untuk dakwah. Aku merayu teman, jangan kita biarkan Farhanah disengat kesakitan lantaran bapanya tidak mampu membiayai yang terbaik buat puterinya. Ayuh, kita ada rezeki untuk dikongsi, tidak luak harta kita untuk membantu teman yang kejerihan. Jangan langit menatap murka, kita sendawa kekenyangan dan menjadi tak peduli.

BIMB 10025020355759 Dara​Mansah Lamasa

II

Demi sebuah persahabatan yang mulus dan tulus, aku lancarkan tabung ini. Kau kenal teman bapanya yang tidak sepi mengirim perkembangan dakwah di Sabah. Dia petugas jamaah yang tidak berkira dengan peluh yg mengucur laju. Jangan biarkan Abang Dai berseorangan diuji dengan kepayahan. Berikan simpatimu, ruak rasa tak peduli yang sedang melilit tangkai hatimu. Bantulah dengan infak, zakat dan lain-lain. Paling lemah dengan titipan doa yang ikhlas untuk melihat Farhanah kembali ceria mengukir senyum. Hidup tak sebagaimana yang kita lihat teman, gunung takdir bila-bila masa akan menghempapmu. Jom kita bantu Abang Dai. BIMB 10025020355759. Langit sedang melirik kita teman. Jangan tak pedulisme!

III

Aku demam malam ini, tetapi Farhana begitu sekali sakit. Farhana mungkin tidak mengenali aku namun bapanya setiap kali datang ke Semenanjung akan tidur di celah timbunan buku-buku terbitan JUNDI di Padang Balang. Bapanya juga akan menjadi pemanduku jika berceramah jauh daripada metro. Farhana anak kecil itu tidak tahu bahawa bapanya separuh nyawa menyintai dirinya. Jika makan bapanya akan teringatkan Farhana walau dengan kredit terbatas tetap bertanya khabar dari jauh. Anak kecil itu seenaknya memesan permainan. Saat ini Farhana terlantar kesakitan. Malam ini mata aku berkaca-kaca, merembes tanpa sedar manik-manik. Moga Farhana akan sembuh dengan kepeduliaan teman-teman dakwah sekalian. Aku merayu malam ini teman!  Hulurkan sedikit kertas itu untuk sebuah ukhuwwah dan mahabbahfillah.

Hulurkan sumbangan, ringankan beban

Muhammad Firdaus
TAWAU, 3 Nov:Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah melancarkan usaha mengumpul dana dan tajaan bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Nur Ayu Farhana, 5, anak kepada mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Daramansyah Lamasa yang menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan yang lalu.Menurut ketuanya, Lahirul Latigu berkata bahawa pihaknya telah menemui Daramansyah atau lebih dikenali sebagai Abg Dai serta anaknya di Hospital Tawau, petang kelmarin.Sehubungan dengan itu, DPPNS dan PAS Tawau akan memohon sumbangan orang ramai untuk menghulurkan bantuan dan mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Abg Dai bagi menguruskan perbelanjaan rawatan dan harian anaknya itu.“PAS Sabah akan menggerakkan seluruh jentera untuk memobilasi bantuan kewangan serta tenaga untuk membantu mengurangkan beban yang ditangung oleh beliau,” katanya.

Oleh itu, mana-mana individu, syarikat korporat atau badan-badan NGO yang ingin membantu beliau bolehlah menghubunginya di talian 019-8732884 atau secara terus masukkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam: 10-025-02-035575-9 atas nama DARAMANSYAH BIN LAMASA.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s