Updates:

idhamlim.blogspot/ Apa-yang-perlu-anda-tahu-tentang-nfc

idhamlim.blogspot/polis-tak-pernah-soal-kami

idhamlim.blogspot/Fidlot-Kenyataan-polis-tak-mampu selamatkan umno

Ada segolongan manusia yang memegang kuasa di Malaysia ni menganggap wang rakyat seperti duit gaji mereka, & mereka menghabiskannya untuk serakah mereka sesuka hati, seperti lembu yang makan rumput sesuka selera & perut mereka…

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/. Gambar dari pelbagai sumber. Video dari http://www.youtube.com/user/tvpas09 &  http://www.youtube.com/user/mediarakyat

Pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukannya makan nasi

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] –
Kenyataan MediaIsu wang berjumlah lebih RM250 juta yang telah disalah guna oleh Sharizat Abdul Jalil perlu kepada perhatian wajar, mana-mana wang yang disalurkan untuk projek kroni (NFC) milik keluarga shahrizat jalil langsung dibisukan tanpa sebarang ulasan oleh PM Najib.Jelas sekali wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin haprak BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramia rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.Ironinya penjelasan Sharizat Abdul Jalil bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan, dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak, malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.
Sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan, dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tinggal di kondo mewah ?

Disini kita boleh lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberikan rasionalisasi yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan Negara, tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia.PRU 13 semakin hampir, disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama hari ini menyusahkan rakyat, realiti ini terbukti kerana pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi .Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 14 Nov 2011

One response »

  1. dieta says:

    Kemungkinan, Perdana Menteri tidak membaca dan memahami tuntutan BERSIH 2.0 atau sengaja memburukkan imej BERSIH 2.0. Sebagai sebuah pergerakan, kami tidak berminat langsung dalam kepentingan politik mana-mana parti – matlamat kami adalah untuk memulihkan sistem pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding atas padang yang rata dan rakyat diberi peluang memilih sesiapa mereka fikirkan terbaik untuk menjadi pemimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s