Bismillahirahmanirahim. As above. Honestly, I salute this brave young man. Dalam keadaan universiti-universiti semakin dipengaruh dikongkong kuasa eksekutif, sebenarnya ada terlalu ramai anak-anak muda yang bijak untuk tidak terus menjadi alat atau pak turut kepada sebuah kerajaan drakonian. Moga Allah memberi mereka kekuatan untuk terus berjuang menjadi para ilmuan yang tidak sekadar berada di bawah tempurung kongkongan pemerintah yang zalim.

Tulisan dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

‘Punching Bag’ 2012

http://nawrif.blogspot.com,

Tanggal 1 Januari 2012 merupakan permulaan sejarah baru kebangkitan mahasiswa di Malaysia yang selama ini dilaung-laungkan hampir 40 tahun dikatakan lesu. Peristiwa yang melibatkan seorang mahasiswa Universiti Malaya yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dipukul sehingga koma oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) adalah acara pemotongan reben 2012 oleh gerakan mahasiswa secara rasmi!

Adakah nyawa rakyat Malaysia sekarang ini yang juga merupakan mahasiswa terlalu murah? Kadar inflasi negara meningkat tetapi nyawa rakyat susut nilai? Adakah ini wajah ‘Malaysia Baru’ yang dicanangkan oleh Perdana Menteri? Inikah alasan PSP untuk menggunakan seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman? Terlalu banyak persolan yang timbul mutakhir ini yang wajib dijawab oleh pihak berkuasa.

Ya, sememangnya pihak berkuasa tidak bersetuju dengan Himpunan 1112: Solidariti untuk Adam Adli, tetapi adakah ini penyelesaian terbaik? Mereka  seharusnya ingat, sekali mereka melakukan sedemikian, berjuta kali mahasiswa akan terus berhimpun. PSP mungkin mengambil ‘iktibar’ kesopanan mereka sehingga tercetusnya isu Adam Adli, penutup kontroversi mahasiswa 2011.

Mungkin Adam Adli dianggap sebagai mahasiswa tidak bermoral tetapi bermoralkah mahasiswa yang terlibat dengan ‘aktiviti malam’ yang lain? Saya tertarik pada komen mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. Sepatutnya perlu ada pimpinan tertinggi kerajaan yang tampil mengambil hati mahasiswa dengan mengadakan sidang media dan cukup dengan mengatakan ‘Perkara tersebut perkara kecil sahaja  (menurunkan banting). Tidak perlu diperbesar-besarkan. Bebaskan beliau daripada sebarang hukuman.’ Pada hemat saya, rasanya PM sendiri boleh menarik kembali hati mahasiswa walaupun dengan hanya ‘Tweet’ menerusi telefon beliau.

Saya akui bukan semua aktiviti aktivis mahasiswa sebelum ini  saya setujui, terdapat juga sebahagiannya jauh di di lubuk hati saya merasakan ia tidak seharusnya dilakukan dek kerana kurang adab dan sopan di dalam tindakan tersebut namun  tidak bagi kes ini, tidak. Dahulunya saya juga berfikiran, ‘Kenapa tidak hantar sahaja seorang atau berdua untuk menyerahkan sebarang memorandum? Kenapa tidak kutip sahaja referendum dan terus diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab? Kenapa dan kenapa perlunya berhimpun beramai-ramai?’. Akhirnya persoalan demi persoalan tersebut terjawab, sebenarnya, itulah motif yang utama; berhimpun. Bukan kerana makin ramai yang berhimpun, semakin meriah perhimpunan tersebut tetapi bilangan yang ramai tersebut hadir kerana ingin membuktikan sokongan rakyat dan mahasiswa terhadap  sesuatu isu. Beza bukan jika yang berkumpul 10 orang dengan 10 ribu orang? Apatah lagi jika jumlah perhimpunan tersebut mencecah 100 ribu orang.

Sudah pasti kita masih lagi ingat akan peristiwa adik Amirul Rashid yang ditembak polis pada April 2010 yang mana mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap pegawai polis terlibat. Kejadian tersebut benar-benar telah memberi satu tamparan hebat bagi anggota polis di Malaysia. Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan membenci mereka bahkan tiga orang saudara terdekat saya juga merupakan anggota polis. Mereka juga manusia biasa dan yang lebih utama, mereka menerima arahan pihak atasan. Saranan saya, kembalikan imej polis, transformasikan seruan ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.

Mahasiswa bukan medium ‘Punching Bag’ anggota penguatkuasa. Acara ‘perasmian’ semalam benar-benar menandakan kemarahan mahasiswa ibarat luka yang ditaburkan garam. Awas mereka-mereka yang terlibat, jangan terkejut akan natijah PRU-13 nanti, hadiah daripada mahasiswa ‘1Malaysia’.

Kepada aktivis mahasiswa;

Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA

MANTAN PRESIDEN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Tindakan UPSI rendahkan maruahnya

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan jawatankuasa disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebenarnya telah merendahkan maruah dan nama baiknya apabila menggantung Adam Adli Abdul Halim (gambar) selama 18 bulan.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, jika benarpun pelajar itu membuat salah, tindakan seharusnya mendidik bukannya menakutkan pelajar.

Beliau yang juga naib presiden PKR mengulas tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli semalam ekoran tindakan pelajar itu menurunkan bendera gambar Presiden Umno yang dinaikkan di depan bangunan UMNO, PWTC itu.

“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda,” kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, UPSI mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.

Oleh itu bagi beliau, tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.

Bagi beliau, sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

“Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam lah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan demi Malaysia yang lebih baik.

Gantung kerana kebebasan akademik mulia dari rasuah

KUALA LUMPUR, 10 Jan: “Setahun setengah kena gantung sebab pejuang Academic Freedom lebih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah,” kata Adam Adli Abdul Halim.

Inilah penyataan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), itu selepas beliau dijatuhkan hukuman gantung pelajaran selama 18 bulan.

Penyataan ini dibuat beliau melalui Twitternya semalam sebaik sahaja jawatankuasa itu memutuskan beliau bersalah.

Adam digantung oleh jawatankuasa tatatertib UPSI selepas didapati bersalah kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di depan bangunannya selama lima minit.

Tindakan itu dibuat Adam ketika menyertai rombongan untuk menyerahkan memo kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah bagi memansuhkan AUKU.

Beliau juga didakwa terlibat dalam demo di depan kampusnya atas tujuan untuk memperjuangkan kebebasan akademik di negara ini dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam Twitternya juga Adam berkata, jawatankuasa tatatertib yang membicarakan beliau mendakwa,  242,000 jumlah carian Adam Adli dalam Google membuktikan anda mencemar nama baik universiti.

“Aku gelak besar dalam court!” tulis Adam lagi.

Bagi peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran, tekanan dari Umno yang menyebabkan pelajar ini digantung pelajarannya.

Penyataan Adam juga didokong oleh rakan-rakannya dalam Twitter.

Rakannya, Benazirjb berkata, “digantung 3 sem sebab turunkan bendera. Okay lah tu. Lagi mulia dari kena gantung sebab buat video seks.”

Dalam Twitternya juga, Adam menerima komen dari seorang yang bergelar Ustaz bisik yang berkata: “Imam 4 mazhab dulu pun kena penjara dan sebagainya sebab pertahankan kemurnian ilmu.”

Adam Adli menjawab, “He he..Saya bukan imam.”

Video dari;

http://www.youtube.com/user/mediarakyat

http://www.youtube.com/user/DPPMalaysia

dll.

Bacaan berkaitan;

Bapa-Adam-Adli-tolak-tawaran-mohon-maaf-pada-pm

PAS-bangga-dengan-kecekalan-keluarga-Adam-Adli

Adam Adli: Ini-umno-bukan-parti-politik-ini-parti samseng

Adam-Adli-tak-akan-merayu-koyak-surat penggantungan

Another young hero; Safwan Anang…I have to say, I respect his family too.

Baca lagi;

Keadaan-Safwan-Anang-mahasiswa-dipijak-fru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s