Video dari http://www.youtube.com/user/buletinonline

Saya cuma salah seorang dari ribuan yang hadir di perkarangan pentas di Surau Tuan Guru Zainal Abidin pada malam 14 Januari itu. Saya kira, malam itu menyaksikan antara hadirin yang teramai untuk ceramah di tempat yang sama, berdasarkan pengalaman sebelum ini. Penceramah atau pemidato-pemidato utama pula adalah beberapa orang aktivis pelajar – ya, pelajar atau lebih tepat lagi mahasiswa. Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar-pelajar universiti di Malaysia memperjuangkan kebebasan akademik, juga menyuarakan hak & pendirian mereka terhadap ketidakadilan, korupsi, & penyelewengan pemerintah, khususnya melalui peraturan-peraturan yang lebih bersifat melindungi sang penguasa & menganiayai golongan marhaen, termasuklah golongan mereka; mahasiswa. Saya menghormati anak-anak muda yang berani ini, mereka bukanlah remaja tipikal yang menghabiskan masa dengan memikirkan sesuatu perkara yang mementingkan diri mereka semata-mata, tapi mereka berfikir untuk masa depan & negara.

Menceritakan detik-detik bilamana Adam Adli menurunkan banner (bukan benderapun sebenarnya) Najib, tujuan utama ia dilakukan Adam adalah untuk menaikkan bendera kebebasan mahasiswa, juga untuk menghantar signal kepada pemerintah supaya mengambil perhatian kepada tuntutan mereka ke atas hak-hak mereka sebagai mahasiswa yang selama ini tidak pernah didengari walaupun beberapa memorandum telahpun diserahkan sebelum itu. Natijahnya, beliau telah dihukum gantung pengajian 3 semester/ setahun setengah. Satu hukuman yang saya kira cukup zalim & menganiayai masa depan beliau.

Berkenaan kebebasan akademik, Adam menyoroti bagaimana kepincangan berlaku bila Prof. Aziz Bari dikenakan tindakan oleh pihak universiti walaupun beliau menyatakan sesuatu yang benar berdasarkan ilmunya, sedangkan apabila Prof Zainal Kling menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan fakta sejarah, tiada tindakan dikenakan kerana kenyataannya bias kepada pemerintah.

Lalu Adam berpesan kepada anak-anak muda, terutamanya yang bakal memasuki universiti, supaya tidak menjadi orang yang hanya memikirkan diri sendiri semata-mata, jadilah orang yang berjasa kepada rakyat & tidak takut untuk menyatakan kebenaran.

Lebam & bengkak di wajah Safwan masih jelas kelihatan malam itu

Seterusnya, Safwan Anang, anak Terengganu yang juga pengerusi BEBAS mengimbas tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam tahun baru di UPSI, yang menyaksikan kezaliman & sang penguasa melalui tindakan polis dll sedang mereka cuma berkumpul untuk menyambut tahun baru mengikut cara mereka sebagai pelajar & pencinta kebebasan akedemik, melalui bacan puisi, nyanyian dsb. Pastinya itu jauh lebih baik dari mereka yang merempit, berzina, berpeleseran, pada masa yang sama.

Walaubagaimanapun, tanpa sebarang amaran oleh pihak polis terlebih dahulu, mereka masing-masing telah ditarik, 3 orang polis menarik setiap pelajar. Seakan mereka sedang melakukan kesalahan jenayah. Safwan sendiri selain ditarik, telah ditumbuk, & ditendang. Dalam kenyatan Ketua Polis Perak, beliau menyatakan  bahawa Safwan telah mencederakan diri sendiri, satu kenyataan yang memalukan pihak polis sendiri. Juga diceritakan bagaimana polis telah mengambil gambarnya tanpa izin termasuklahpembohongan dalam borang yang menyatakan Safwan jatuh semasa himpunan tersebut.

Budak-budak pun pasti takkan termakan kenyataan tentang jatuh itu, terutama bila melihat sendiri wajah Safwan & gambar-gambar di internet.

Malam itu usai ceramah, hadirin terutamanya anak-anak muda terus berpusu ke depan untuk bersalaman & bergambar dengan para pejuang-pejuang mahasiswa. Mereka dilihat sebagai selebriti & sememangnya mereka adalah selebiti yang wajar dihormati. Hari ini kita melihat ramai anak muda yang hanya tahu menyanyi & berseronok, malah mungkin juga bermasalah dengan akademik mereka diangkat sebegitu tinggi, sedangkan mereka tidak menyumbang apa-apa yang konkrit untuk kebaikan & masa depan negara.

Adam Adli, Safwan Anang telah mengajar kita bahawa bukanlah hiburan semata-mata yang mengujakan anak-anak muda, tetapi juga keberanian & kebenaran. Selagi kezaliman & penindasan samada dari segi akademik, pemerintahan, dll. wujud, selagi itulah individu-individu seperti mereka & para pejuang rakyat akan terus dilahirkan. Para penindas & penzalim tidak akan dibiarkan bernafas lega biarpun mereka dikelilingi ribuan pengawal, disokong jutaan ringgit. Teruskan perjuangan untuk semua. Moga Allah bersama-sama kalian. Allahuakbar.

Para pejuang muda bersama ketua anak-anak muda Dungun; Ketua Pemuda PAS Dungun; Ustaz Syeikh Hanafi

Entry berkaitan;

inksensei.wordpress.com/2012/01/11/Bila-mahasiswa-diperbodohkan-bersedialah-untuk-lebih-ramai-Adam-Adli & Safwan Anang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s