Bismillahirahmani rahim. Harap saudara-saudari yang dihormati dapat meluangkan masa menonton video ini.

Thailand:

Dia dinafikan haknya sebagai pelajar semata-mata kerana dia bertudung. Dilayan seperti musuh oleh guru-gurunya & pihak sekolah. Dia menangis mengenangkan ketidakadilan & layanan buruk yang diterimanya, tapi adakah itu menghentikan dirinya untuk menunaikan perintah Allah? Tidak sama sekali.

Ini mungkin bukan video yang terkini tapi saya mohon agar disebarkan video ini, bantulah saudara-saudari kita di Thailand ini untuk terus memperjuangkan Islam.

Dalam satu kuliah lama dahulu, saya masih ingat seorang ustaz menceritakan bagaimana muslimah-muslimah bertudung di Turki lama dahulu menghadapi dugaan yang hebat bila pemerintahnya Mustafa Kamal Attartuk laknatullah mengharamkan pemakaian tudung di universiti. Lalu muslimah-muslimah yang tega demi menjaga perintah Allah ada yang sanggup memasuki universiti seawal subuh demi untuk mengelakkan dari ditangkap sang pengawal. Ada juga yang terpaksa mengkreatifkan diri mengubah style tudung untuk kelihatan seperti topi dll. hanya semata-mata untuk memastikan aurat mereka tetap terjaga.

Sampai sekarangpun, penindasan & diskriminasi terhadap mereka yang bertudung tidak pernah berhenti, samada di negara-negara bukan Islam, bahkan di negara-negara umat Islam sekalipun, perkara ini terus berlaku.

Tetapi, yang lebih malang dari itu ialah, mereka yang hidup dalam keadaan yang mereka tidak bermasalah untuk bertudung, & mereka mengetahui kenapa mereka mesti menutup aurat, akan tetapi tetap juga engkar dengan perintah Allah & RasulNya. Mereka lebih rela rambut mereka ditonjolkan  demi memenuhi ego & hawa nafsu mereka untuk kelihatan cantik & up to date.

Menutup aurat & tidak menutup aurat, 2 keadaan yang berbeza, yang membawa kepada 2 balasan yang berbeza & pastinya nilai yang berbeza di sisi Allah.

Sekiranya saudari tidak memakai tudung/ menutup aurat, mulakanlah perubahan itu dari sekarang. Sesungguhnya taubat adalah kembali kepada Allah, manjauhkan diri dari yang haram, & mendekatkan diri kepada yang halal. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Malulah dengan gadis ini, malulah kepada Tuan punya diri diri saudari, Tuan yang mencipta saudari.

Wallahualam.

UK:

USA:

Entry berkaitan;

13-jawapan-untuk-wanita-wanita-degil-tak-mau-tutup-aurat

Entry berkaitan aurat;

https://inksensei.wordpress.com/category/aurat/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s