Khas untuk anda yang dianugerahi Allah nikmat rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia,

& mereka yang masih keras hatinya untuk mempelajari Al-Quran.

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Dipetik dari http://suratcintarabiah.blogspot.com/ (dengan sedikit editing)

Sudah Namanya Perempuan, Memangpun Kaki Menangis!

Bismillah.Pagi ini saya sepatutnya menghadiri lab meeting bersama dengan profesor dan juga ahli-ahli lab yang lain, meeting yang perlu saya hadiri setiap pagi Sabtu. Namun di atas sebab-sebab teknikal, saya baru diberitahu pada pagi ini juga bahawa saya tidak perlu hadir ke lab meeting.
Dengan komputer yang sudah siap terpasang di depan, sayapun teruskan sajalah aktiviti harian saya dengan menjelajah ke ‘sana-sini’. Ada banyak macam perasaan yang menjalar di dalam jiwa saya sebenarnya. Juga banyak sekali pelajaran yang Allah berikan. Seperti, Dia sedang menjawab doa saya. Entah, mungkin saya sahaja yang perasan.
Hati saya tersentuh sekali, saat saya membaca ayat-ayat yang saya jumpa di sebuah laman web ini;

Dengan merendah diri Sheikh Yakub menyebut, “tugas kami datang ke sini adalah untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di sana, di mana orang-orang bukan Islam datang dari jauh untuk memberikan bantuan.”


“Berilah bantuan kepada sesiapa sahaja atau mana-mana pertubuhan yang anda percayai, tidak semestinya melalui kami. Bantulah semua saudara-saudara kita yang memerlukan, bukan semestinya di Somalia sahaja bahkan juga saudara-saudara kita di Syria. Bergeraklah dan lakukanlah sesuatu untuk mereka, kerana mereka adalah saudara-saudara kita dan Allah akan soal tentang mereka kepada kita. Jangan sampai kita menikmati kehidupan ini tanpa mempeduli mereka yang memerlukan,” seru Sheikh Yakub.

Sheikh Yakub Farah Hasan adalah seorang aktivis Northern Kenya Empowerment Initiative (NKEI) yang datang daripada Garissa, sebuah penempatan yang didiami oleh pelarian-pelarian Somalia. Tambah beliau lagi;

“Alhamdulillah, anda di Malaysia merupakan golongan yang berpandangan jauh dan tidak hanya melihat kepada keperluan diri sendiri semata-mata. Anda mampu melihat permasalahan ummat, dan kami berbangga dengan sikap anda membela umat-umat Islam di merata tempat. Sedangkan kami hanya mampu untuk berfikir tentang diri kami sahaja“, ucap beliau dengan penuh keikhlasan.

Hati saya pecah waktu membaca ucapan beliau yang itu. Kemudian saya skrol lagi ke bawah.
Di bawah gambar ini, ada tertulis, ‘Mereka berterima kasih dengan apa yang ada.’ Takungan air mata saya pecah. Dan tangan sayapun mulai menggeletar!
Ini, gambar-gambar yang anda semua sedang lihat ini, inilah dianya perkara yang telah membuat saya menangis pada hari ini. Anda tahu apa maksud gambar ini? Inilah anak-anak Somalia. Anak-anak yang bangkit dari tidur seawal sebelum subuh lagi untuk menghafal al-Quran. Kayu-kayu yang mereka pegang itu, itulah dianya ‘buku-buku latihan’ mereka!
Selama ini saya selalu keliru, saya mahu menyampaikan kebaikan kepada orang. Tetapi saya tidak mahu memanggil diri saya seorang da’ie sepertimana orang lain. Sebab bagi saya nama da’ie itu terlalu besar dan berat buat orang yang tidak mempunyai ilmu seperti saya. Kata saya kepada diri saya sendiri, mungkin saya perlu menjadi seorang penulis yang menulis untuk menyedarkan umat manusia.
Dan orang pertama yang perlu saya sedarkan ialah, tak lain tak bukan diri saya sendiri! Namun, haluan saya sebagai seorang penulis masih juga tidak tentu hala sebenarnya, sampailah kepada pagi yang penuh dengan keberkahan Allah ini! Gua saya yang selama ini kelam disimbah dengan gelap malam, sepertinya sudah mulai terang sedikit demi sedikit tercicipkan cahaya mentari pagi.
Saya masih tidak tahu apakah betul ataupun tidak keputusan yang sedang saya pegang di dalam tangan saya pada waktu ini. Namun saya sudah ada jawapan, watak dan peranan apa yang perlu saya pegang di sepanjang kehidupan tak abadi saya di dunia ini sebenarnya. Saya fikir, saya sudah tahu! Apa yang saya perlu dan mahu jadi itu, biarlah jadi topik perbincangan di antara saya dan Allah saja, ya? (Senyum.)
Untuk anda di luar sana yang punya rasa prihatin dan sudi menderma barang satu dua sen untuk membantu anak-anak Somalia kita yang juga adalah saudara seagama kita, yang mereka itu lebih giat memelihara kemurnian al-Quran berbanding dengan kita-kita di sini, anda bolehlah berbuat demikian dengan menekan gambar di bawah ini. Ia akan membawa anda kepada sebuah artikel yang telahpun membuat saya menangis sebentar tadi.
Somalia
Atau, kalau anda seorang manusia yang malas membaca, anda boleh saja terus masukkan duit anda ke nombor akaun bank yang tertera di bawah gambar di atas. Walaupun saya bukanlah ahli HALUAN, namun saya tetap mahu berterima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda, walaupun ia hanyalah sekadar sebuah doa.Semoga Allah akan berkenan untuk memberikan kepada anda dan juga keluarga anda sebuah ganjaran syurga di akhirat kelak! Amin.

_______________________________________________________________________________________________

Tulisan asal dari sini. Jazakallahu khairan kathira sis.
Entry berkaitan;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s