I’m on my way…you’re still reading?

Bersih 3.0 pada 28 April 2012

PENGUMUMAN BERSIH 3.0 – IBU DAN AYAH SEGALA DEMO

Dengan rasminya diumumkan
demo bersih 3.0 akan diadakan
pada Sabtu 28 april ini
tempat Dataran Meredeka
jam 2.00 petang
kita duduk dan kita bantah

Demo ini akan juga
diadakan diseluruh negara
dan diseluruh dunia

SATU JUTA WAJIB TURUN
ini ibu segala demo
ini ibu segala bantahan
satu juta rakyat wajib turun
dari semua pekan
dari semua kampong
dari semua bandar
semua wajib keluar

500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 ribu adalah target kita ke dataran merdeka
500 ribu di tempat-tempat lain di luar dataran

SEMUA DI JEMPUT KE DATARAN MERDEKA
sila buat persediaan awal
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempat tiket kapal terbang
sila ambil cuti
sila buat apa yang perlu dibuat

rancang beramai ramai
untuk turun ke kuala lumpur
kongsi kongsi sewa bas
kongsi kongsi sewa kereta

sila tempat hotel
sila carai tempat penginapan
saudara mara di kuala lumpur
sila sediakan banyak toto


ANAK ANAK MUDA
sila ambil flyer ini
sila ambil butang ini
sila gunakan design ini
sila sebarkan ke seluruh dunia

sila gunakan internet
untuk menjemput turun
seramai yang mungkin

KUNINGKAN DUNIA SIBER
dalam masa satu minggu
butang bersih 3.0 wajib
menjadi terulung di dunia

dalam masa satu minggu facebook bersih
wajib melonjak berjuta juta

KENAPA KITA TURUN DUDUK BANTAH

kerana spr menipu
kerana pilihanraya yang akan datang menipu
maka kita tak mahu kena tipu
maka kita datang untuk membantah
kiat duduk dan bantah

BUKTI PENIPUAN
terlalu banyak
malas nak cakap
masa bercakap dah habis
masa melakukan sesuatu telah sampai

berbuih buih mulut menerangkan
ada undi hantu
ada undi pos
ada undi mat bangla
ada undi mat indon
ada penduduk tetap dapat kad pengenalan biru
ada pendatang haram jadi warga negara
ada satu alamat 100 orang tinggal
beratus ribu nama hilang
kawasan mengundi di alih
sempadan kawasan mengundi di ubah

semua ini rancangan untuk menipu
semua ini rancangan jahat
untuk menamatkan kerja jahat ini
kita turun ke dataran merdeka 28 april ini

ORANG RAMAI SUDAH LETIH
masanya telah tiba untuk keluar
menunjukkan marah

SEMUA NGO , SEMUA PERTUBUHAN DAN SEMUA NGI DI JEMPUT
jangan malu
jangan segan
mari kita buat sejarah
se juta kita berkumpul

PAS sertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 

Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR, 5 April: PAS hari ini secara rasmi menyatakan sokongan penuh terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengerahkan seramai mungkin ahli untuk “Duduk dan Bantah” di Dataran Merdeka, jam 2 petang.

“Saya menyeru ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

“Kita anggarkan kehadiran dalam setengah juta rakyat untuk menunjukkan kesungguhan rakyat hendakkan pilihan raya yang bersih dan adil,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, hasrat badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan Bersih 3.0 adalah tepat kerana hanya satu daripada lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dilaksanakan, iaitu penggunaan dakwat kekal.

“Daftar pemilih adalah paling kotor dan tuntutan PSC tidak diendahkan, hanya satu dariapada lapan diterima. Jadi kita kena turun membantah,” kata beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS.

Mengulas dakwaan bahawa “Duduk dan Bantah” di Dataran Merdeka akan mencetuskan kekecohan, beliau berkata perhimpuan sebelum ini aman sebelum provokasi pihak polis dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

“Itu merupakan tafsiran pihak berkuasa tapi Bersih memilih untuk duduk dan bantah kali ini . Lain kali mungkin kita akan pilih berlari pula… itu dari semasa ke semasa, nanti akan berlari dari Johor ke Kuala Lumpur.

“Selalu (perhimpunan)aman , selalu dia (polis) tembak gas, orang lari merata. Kalau tak tembak gas tak ada masalah.

“Jangan sekatlah, biar orang masuk ke (Dataran Merdeka). Kalau sembur gas, kandang babi pun kita masuk (sebab pedih) mata,” selorohnya.

Perjumpaan awal dengan polis

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya akan bertanggungjawab menjaga keamanan perhimpunan dan akan mengadakan pertemuan awal dengan polis bagi mendapatkan kerjasama.

“Pemuda akan berusaha mengadakan pertemuan awal dengan pihak keselamatan untuk beri kerjasama yang baik.

“Kita mahu perbincangan dua hala, tak mahu ada provokasi sama ada dari parti lawan atau mana-mana pihak yang mahu melihat perhimpunan menjadi kacau bilau,” katanya.

Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud pula turut menyatakan kesediaan muslimat untuk turut serta pada 28 April ini.

Beliau turut mengharapkan kerjasama yang baik daripada pihak polis.

“Dewan muslimat beri sokongan penuh dan akan gerakkan  ahli muslimat. kami biasa menyertai perhimpunan dan aman kalau polis tak kacau.

“Biarkan kita berlalu dan berjalan ke Dataran Merdeka, lepas tu kita pergi shopping. Ini bergantung kepada pihak kerajaan bagaimana menangani perkara ini. Kalau polis yang bertindak kasar, jangan salahkan kami

Wakil aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul halim yakin mampu mengumpulkan ribuan mahasiswa untut turut serta.

“Dari segi mobilisasi kita telah mengerakan sebahagian besar warga kampus yang mana kita ada wakil di setiap kampus untuk mempromosikan Bersih 3.o dan saya yakin 5,000 hingga 6,000 ribu boleh hadir,” katanya.

Turut bersama pada sidang media Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi.

PEMUDA PAS GERAKKAN JENTERA SELURUH NEGARA SERTAI BERSIH 3.0

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik pengumuman Gabungan Piihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan Himpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012, jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.

Bagi menyahut seruan itu, DPPM bersedia menggerakkan seluruh jentera pemuda dari negeri-negeri, kawasan dan cawangan-cawangan bagi menyertai himpunan bersih 3.0. Bahkan, DPPM akan memastikan penglibatan teramai anak-anak muda dengan sasaran seramai 100,000 anak muda akan bersedia turun ke himpunan tersebut. Sehubungan itu, DPPM akan mengadakan mesyuarat khas bagi membentuk jawatankuasa dan melantik pengerusi bertindak di setiap negeri bagi mengerah dan mempromosikan Bersih 3.0.

Bagi DPPM, semboyan himpunan Bersih 3.0 terpaksa ditiup memandangkan tiadanya usaha secara agresif oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta kerajaan Malaysia bagi membersihkan sistem pilihanraya di negara ini. Meskipun Jawatankuasa Khas Parlimen Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihanraya di Malaysia (PSC) dibentuk, namun sehingga sekarang belum nampak sistem pilihanraya di negara ini dibersihkan keseluruhannya. Malah 8 tuntutan Bersih masih belum dilaksanakan sepenuhnya dalam keadaan negara bakal berdepan dengan PRU ke 13 bila-bila masa dari sekarang.

Pendedahan terbaru amat menggemparkan apabila YB Datuk Haji Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa terdapat ‘task force’ yang yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Ia diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Ini termasuk juga beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi. DPPM mencabar pihak kerajaan serta nama-nama yang disebut oleh YB Dato Mahfuz untuk membuktikan bahawa dakwaan itu salah dan tidak benar. Kerajaan juga diminta menafikan akan dakwaan tersebut.

Pendedahan ini membayangkan bahawa Perdana Menteri sendiri merestui usaha penipuan secara besar-besaran dalam PRU ke 13. Ia menjadi bukti bahawa semenangnya BN berniat tidak mahu PRU ke 13 diadakan dalam keadaan bersih  dari sebarang penyelewengan.

DPPM percaya rakyat sudah muak dengan janji kosong Perdana Menteri untuk memastikan perjalanan pilihanraya bersih. Justeru, Bersih 3.0 pada 28 Aril 2012 tidak dapat dielakkan kerana inilh caranya rakyat dapat mengajar BN menghormati nilai demokrasi di negara ini yang mati.

RAJA AHMAD ISKANDAR AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bacaan berkaitan;

inksensei.wordpress/Sekadar-secebis-daripada-penyelewengan-SPR-BN

idhamlim.blogspot/Wan-Ahmad-dicabar-letak-jawatan-tanding tiket BN

idhamlim.blogspot/Tiada-pemerhati-dan-ejen-calon-jadi-PRU 13 terkotor

kijang59.blogspot/siri-6-Melaka-panas-wajah-yang-terlibat dalam pertukaran alamat

atau klik sini

Video dari:

http://www.youtube.com/user/mediarakyat

http://www.youtube.com/user/TVSelangor09

http://www.youtube.com/user/malaysianews

http://www.youtube.com/user/sembangmambangtanah

dll.

BERSIH 3.0

3 responses »

  1. Safwan Fikri says:

    Admin.. minta design badge duduk bantah dalam resolusi yg besar boleh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s