Bismillahirahmanirahim.

Dah lama tak menulis di sini atas banyak faktor. Pagi ni saya menulis juga setelah tertangguh beberapa jam. Menulis kerana marah. Kenapa? Malam tadi saya tertengok satu siaran berita TV9, melaporkan pihak berkuasa Thai berjaya membunuh beberapa orang yang mereka definisikan sebagai “puak pemisah.”

Bagi mereka yang peka, terutamanya yang muslims, tentang apa yang berlaku di Selatan Thai, pasti tahu yang digelarkan puak pemisah itu adalah orang-orang Islam (berketurunan Melayu) yang menuntut tanahair mereka yang telah dirampas penjajah. Yang terkorban itu adalah saudara-saudara Islam kita yang tak bersalah. Kalau tak tau apa yang saya tulis ni, boleh baca maklumatnya di link-link di bawah.

Seperti biasa, Islam dijadikan kambing hitam dalam drama penjajah & pengganas sebenar. Istilah seperti puak pemisah, pengganas, terorist, militan, dll. adalah istilah favourite yang menyemarakkan lagi Islamphobia.  Dan yang paling best, yang menyambut & menjulang istilah-istilah bohong & drama-drama lakonan penjajah ini adalah orang Islam sendiri.

Bagi saya, apa yang saya tonton itu melambangkan kejahilan TV9 yang & Media Prima yang menerima saja apa yang diterima dari luar tanpa rasa sensitif pada Islam & saudara-saudara Islam itu sendiri. Di sebalik program-program baik seperti Adik & Al-Quran & Tanyalah Ustaz, program-program maksiat & tak berfaedah terus disuburkan. Beginilah yang tidak menghairankan bila ia diterajui oleh mereka yang berfahaman sekular & money oriented semata-mata, sedang pada masa yang sama, saudara-saudari Islam kita di USA, Kanada, UK, & seluruh dunia bertungkus-lumus membersihkan imej Islam yang telah dicemarkan oleh siri-siri konspirasi & penindasan barat terhadap Islam yang berterusan. Ironinya, antara penyumbang kepada Islamphobia adalah orang Islam itu sendiri melalui sikap, tindakan & kejahilan mereka samada terhadap ilmu atau isu semasa.

Dan itu cuma 1 contoh dari 1 stesyen TV sahaja. Cukuplah kamu mencemarkan minda masyarakat & mengelirukan orangramai tentang Islam. Tak semua berita dari luar itu perlu disiar. Tak semua istilah itu perlu diguna. Come on, don’t you have your own muslim identity & stand? Don’t you know what is happening? Did you ever study? Itu belum cerita tentang berita-berita semasa yang berat sebelah & bohong lagi tu.

Tahniah, kerana kejahilan kamu Islamphobia terus disuburkan. Muslims di selatan Thailand @ Patani Darussalam terus dianggap “puak pemisah.”

Ini tulisan yang marah, & saya percaya ini bukan marah yang salah & saya percaya bukan saya seorang sahaja yang demikian. Wallahualam.

Baca:

Menyelami-penderitaan-saudara-kita-dizalimi-siam-laknatullah

http://amanpattani.blogspot.com/

http://patanikini.wordpress.com/

http://dangerofpatani.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s