Updates! Boleh baca entry ni dulu atau terus ke pendedahan berikut:

greenboc.blogspot/Menjengah-semula-tragedi-Sogo-Kereta polis dipandu laju langgar peserta perhimpunan

Berikut adalah video kompilasi yang full. Bukan seperti yang ditonton di tv semata-mata ya. Sila tonton dari awal sampai abis ya.

Antara persoalannya;

1. Polis yang memandu tu dari Terengganu & dia kata dia tak tau jalan-jalan kat KL tapi kenapa dia yang diarahkan bawak kereta tu ambik anggota lain kat pulapol.

2. Kenapa guna kereta Waja (biasa utk IO je) sedangkan PDRM ada berlambak jip @ Black Maria

3. Yang paling jadi persoalan kenapa dia lalu kat tengah perhimpunan sedangkan banyak lagi jalan yang kosong kat KL masa tu..

?

Berita (tanpa prejudis): Satu insiden kereta polis melanggar peserta BERSIH 3.0 akibat kereta itu yang meluncur laju di khalayak awam & melanggar peserta-peserta BERSIH 3.0 di bahagian sisi jalan. Peserta marah? Itu boleh difahami tapi tindakan mereka menerbalikkan kereta hanyalah untuk menyelamatkan nyawa. Provokasi polis yang menyamar juga di merata-rata. Dipercayai video yang berat sebelah & membelitkan fakta akan terus dimainkan  sebagai bahan kempen umno Be eNd oleh stesyen-stesyen tv kawalan kerajaan yang dibayar cukainya oleh rakyat itu terutamanya RTM (Rehat Tunggu Mati), geng-geng media prima dll.

Sekian.

Baca lagi:

Dipetik dari http://kafesantai.blogspot.com/

Anda kenal lelaki yang berbaju belang putih yang menendang kereta polis itu?

Anda kenal dua lelaki yang berada di atas bumbung kereta polis itu?

Agak-agaknya si lelaki ini penyokong BERSIH 3.0 atau provokator? Memang nampak brutal…

Siapa lelaki berbaju krim (dalam bulatan merah) ini? Awalnya duduk bersahaja di tepi jalan dan meluru ke arah kereta polis sambil membalingkan objek ke arah kereta tersebut.
 Diharapkan polis menyiasat kejadian ini dengan tulus ikhlas.
.

FOTO ‘BERUK’ Melompat atas Kereta Polis

Selasa, Mei 01, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Memang hebat ‘beruk’ provokator ini…Aksi stunt yang menarik!! Tak rugi jika produser filem mengambil ‘beruk’ ini untuk aksi ngeri dalam filem mereka. Ada sesiapa yang ada aksi ‘beruk’ ini dari hadapan?
Agak-agaknya, dari hutan mankah dia datang? Atau ‘beruk’ peliharaan yang terlatih?
Tengok video di bawah. Okay je kalau takde provokator. Sapala provokator tu ya?
Polis sumpah-sumpah:

Dipetik dari http://kafesantai.blogspot.com/

KANTOI: Polis Wanita Berbaju BERSIH ini Pengsan Terhidu Gas

Selasa, Mei 01, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Polis wanita ini  menyamar dengan memakai baju BERSIH 3.0 pengsan setelah terhidu gas pemedih mata. Baguslah…dapat juga dia merasai betapa ‘nyamannya’ terkena gas tersebut.
Polis ini adalah antara mereka yang ditugaskan untuk menyamar sebagai demostran untuk mencuri maklumat, melakukan provokasi, dan menangkap demostran.
Kesian mereka ini. Mereka melakukan tugas demi memenuhi kehendak bos atasan untuk membelasah rakyat. Berbanggakah mereka dengan kerja sebegitu? Sepatutnya mereka menjaga keselamatan rakyat bukan ‘menibai’ rakyat…Fikir-fikirkan…

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta

Harakahdaily, 30 Apr 2012

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang….sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, “polis dah lebih cerdik dari dulu… dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi.”

“Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

“Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama… saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini,” kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, “ramai itu.”

Zaharin terus menulis, “Jika berapa pun dia kata… kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih.”

“Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer,” tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat ‘flying kck’ ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Gambar siapakah ini yang menendang polis dengan gelang kuning di tangannya.  Gambar ini kini tersebar luas)

Ada dua tempat peranan agen ‘provokasi’ ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, “perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok.”

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

Baca lagi:

azmieyusoff.blogspot/Bongkar-identiti-polis-yang-serang

ini-yang-aku-rasa.blogspot/Ketua-polis-negara-bertanggungjawab sabotaj BERSIH 3.0 pt2

ini-yang-aku-rasa.blogspot/Ketua-polis-negara-bertanggungjawab sabotaj BERSIH 3.0 pt3

2 responses »

  1. ahmad rahman says:

    Salam. Perkara yg betul w/pun dipihak yg kita tak suka kena diterima betul. Sebab jika kata sebaliknya dah menjadi fitnah. Berkenaan insiden kereta polis carilah video penuh yg boleh menunjukkan punca kejadian. Ingatlah tidak kira anda penyokong atau pembangkang jika tuduhan itu tidak betul ,itu fitnah. Disisi ALLAH ianya dah tersedia hukum dan balasannya.Nauzubillah. Maaf, saya bukan penyokong mana2 pihak. Tetapi sesuatu yg tak betul saya kata tak betul. Begitu juga sebaliknya. Wasalam.

    • inksensei says:

      W’salam sdr. Kalau sdr baca posting tulisan saya betul2, saya tidak menuduh sapa2, cuma mengajak penonton berfikir & bukan terima bulat-bulat apa yang disiarkan di tv. Saya juga membaca & menonton dari kedua-dua belah pihak, & saya dah tengok pun video yang sdr maksudkan (For your information, I’m a very active youtuber)

      Saya setuju jika bahawa fitnah adalah dosa, terimakasih kerana mengingatkan. Tapi berani ke sdr mengatakan bahawa sememangnya penyokong BERSIH yang mencetuskan insiden tersebut? Bukan polis yang menyamar? Saya sendiri tidak tahu, tapi saya tahu berdasarkan sumber umno sendiri, ada 2000 org polis yang menyamar jadi penyokong BERSIH. Sdr sendiri berani sdr yakin 100% pd apa yang sdr yakin betul tu? Jgn sampai sdr pula yang menolong pemfitnah sebenar.

      Sekali lagi, fokus pd tujuan saya menulis tu. Tak perlula saya cerita tentang kekejaman polis yang saya lihat sendiri atau yg saya baca, bacalah tanpa prejudis. Saya hargai pendapat & perkongsian sdr, tapi bercakap dari luar memang mudah dari mengalami sendiri. Maafkan saya klu ada terkasar bahasa, moga kita semua diampuni dosa oleh Allah, semoga kita menjadi hamba2Nya yang menegakkan kebenaran & mencegah kemungkaran dibumi Malaysia ni bukan hanya dengan selemah2 iman. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s