Teruskan membaca, melihat, menonton, & menyebarkan. Akan terus di-update insyaAllah.

Antara yang dibelasah teruk: Sdr. Asrul

TV & media putar umno BN asyik mengulang-ulang isu seorang dua polis  & wartawan yang cedera. Bagaimana dengan beratus-ratus rakyat yang cedera parah & cedera, termasuklah wartawan-wartawan akibat kezaliman polis & pengarahnya umno BN?

Teruskanlah fitnah & kezaliman kamu tu kalau kamu rasa umno BN itu lebih besar dari Allah.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pembalas.

Lihat bagaimana polis biadap menyerbu memukul orang dalam kawasan masjid sedang azan sedang dilaungkan…

Maka Polis Raja di Malaysia menjadi samseng beruniform (& tidak beruniform) terus memberi mesej: “I am the law!!!”. Berbagai alasan & fitnah disebarkan media mereka, tapi seperti keamanan & kegembiraan rakyat yang dikecapi oleh demonstrans di Pulau Pinang, ia akan menjadi aman tanpa provokasi & kekejaman polis yang diarahkan oleh kerajaan 1Malaysia yang terlalu bacul untuk memberi pilihanraya yang bersih & adil kerana tamakkan kuasa & harta dunia yang hanya diamanahkan & dipinjamkan Allah kepada mereka. Untuk para polis & FRU yang berkenaan, ingatlah bahawa dosa yang dilakukan terhadap manusia hanya akan diampunkan oleh Allah sekiranya mereka yang telah engkau aniayai itu memaafkan kamu. Larat ke kamu cari & minta maaf pada setiap orang yang telah kamu zalimi tu? Kalaupun larat, nak ke mereka maafkan kamu?

Tulisan di bawah dari http://bm.harakahdaily.net/

Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta

Harakahdaily, 30 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya… Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara. Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting dan disiarkan Malaysiakini hari ini.
Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan. Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning. Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang. Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.
Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.
Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri. Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT. Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri. Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu. Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit “polis ganas.” Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.
Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya. Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek. Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau. Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit. Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang. Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendangsaya.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian 03-40233270/3275

Baca lagi:

kafesantai.blogspot/Tragis-Mak-pengsan-akibat-dipijak, diterajang polis

edyesdotcom.blogspot/Desak-anggota-polis-terlibat-jenayah serah diri

idhamlim.blogspot/Sudahlah-dibelasah-nak-solat-tidak dibenarkan

idhamlim.blogspot/Rakyat-boleh-dibelasah-kerana-mahu-jaga dataran?

ini-yang-aku-rasa.blogspot/Menteri-pondan-membahayakan keselamatan awam

kafesantai.blogspot/Bukti-polis-rampas-kamera-wartawan

sharpshooterblogger.blogspot/Anak-YB-Ustaz-Maktar-adun-Sg-Bakap berdarah kepala dipukul polis umno upco

idhamlim.blogspot/Kezaliman-polis-yang-di-sisih-media-BN

idhamlim.blogspot/Kalau-menjerit-sakit-dipukul-lebih teruk lagi

idhamlim.blogspot/Pelajar-dicari-kerana-kecam-polis-dalam fb

Macam di Tel Aviv…between innocent people & you know who…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s