“Yang penting penghujung hidup kita baik.”

Begitulah kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu menziarahi Allahyarham Husni Mohd Rawi @ Bob Kuman sebelum ini. Seperti yang pernah diceritakan Allahyarham sendiri, beliau sebelum ini jauh dari mendekati Allah, tapi rahmat Allah itu ternyata telah menyelamatkannya untuk kembali kepada fitrah & cahaya petunjuk. Ternyata Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Penghujung hidup Bob didekati & mendekati ulama & kebenaran. Moga Allah menempatkanmu di tempat orang-orang yang soleh & orang-orang yang diterima taubatnya insyaAllah. Amin.

Ramai di antara mereka yang sebelum ini berada di dalam kegelapan seperti Allahyarham Bob kini berusaha sedaya upaya mereka untuk kembali meraih keredhaan Allah. Pada masa yang sama ramai lagi di antara kita yang tidak peduli & merasa selamat.

Penghujung kita hanya Dia yang Maha Mengetahuinya.  Takutlah kepada Allah. Cintalah kepada Allah. Kerana penghujung celaka ataupun rahmat semuanya di atas ketentuanNya.

Moga penghujung kita adalah dalam rahmat & keredhaanNya, kerana itulah sebaik-baik penghujung untuk hayat di bumi fana ini.

Amin.

Berita di bawah dipetik dari bm.harakahdaily.net

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

Harakahdaily, 03 Mei 2012

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah.

Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini (sehingga jam 6.00 petang) jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

(Gambar: Jenazah Bob Kuman dibawa masuk ke dalam van dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan disolatkan.)

Sementara itu, waris terdekat Bob memberitahu jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.

Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan. (Atas)

Video & bacaan berkaitan;

Kasih-Tok-Guru-pada-Bob-Kuman

Video intro dipetik dari http://www.youtube.com/user/ramadhan84TV

Leave a comment