Updates: Ada pencacai yang edit video yang berkenaan untuk menutup malu mereka, tak perlu peduli, boleh baca link posting di bawah pasal hal tu:

Klik:

addin77.blogspot/Wajib-baca-pencacai-edit-video-DS-Nizar di ceramah umno

greenboc.blogspot/Video-Nizar-langgar-pentas-umno. Perbandingan video edit & original

Alhamdulillah, PAS memang mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa & berkarisma, & disebalik sifat merendah diri mereka, sebenarnya adalah singa-singa yang garang & pemikir yang hebat, digeruni & disegani kawan & lawan. Salah seorang dari mereka tentulah D.S Nizar yang saya fikir bukan saja layak untuk menjadi seorang menteri besar, bahkan salah seorang pemimpin utama di Malaysia.

Apa yang berlaku di Kampar ini pastinya akan menjadi satu epik dalam perjalanan politik Malaysia yang banyak diwarnai dengan warna-warna kotor oleh umno BN. Ternyata puak pemfitnah itu hanya berani di belakang, seperti biasa itulah keadaannya mereka-mereka yang takut kepada kebenaran. Syabas D.S Nizar. You’re awesome! Allahuakbar🙂

[Gambar] Momen DS Nizar Sertai Ceramah “Nizar Pembohong Bersiri” Akan Dikenang Sampai Bila-bila!

Gambar yang merakamkan momen Datuk Seri Nizar Jamaludin menyertai ceramah UMNO yang menibainya malam tadi di Kampar bakal dikenang sampai bila-bila. Rata-rata pelayar internet memberikan tabik spring kepada beliau. Keberaniannya mempertahankan konsep berani kerana benar amat-amat membanggakan penyokong PR. Gambar yang saya petik dari internet juga telah dikongsi hampir 100 kali di FB sejak pagi tadi. Semua komen yang diberikan juga melahirkan rasa kagum terhadap keberanian beliau. Secara peribadi, TM menganggap momen ini bakal menjadi legenda dalam melahirkan suasana politik yang matang, politik yang tidak berlandaskan fitnah murahan untuk mengelirukan orang ramai.Selebihnya, sila baca berita berkaitan yang saya petik daripada HD.Apabila membicarakan hal ini juga, tentu pembaca DCM tidak melupakan keberanian DS Nizar melilitkan songkoknya dengan kain yang bertulis frasa “Bubarkan DUN” dan melaungkan frasa tersebut selepas selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Momen itu juga bakal dikenang oleh penyokong PR dan rakyat Perak sampai bila-bila. Laporan lanjut tentang hal itu di sini.Salut DS Nizar!

 Berita Berkaitan:

[HD] KUALA LUMPUR, 14 Mei: “Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa,” kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’ di Tualang Sekah, malam tadi.”Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.”Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka,” kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang ‘mengumpat’ beliau.Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.“Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa,”katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.”Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

“Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

“Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat,” katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

P/s: Kita memerlukan lebih banyak pemimpin yang berani seperti DS Nizar. Pemimpin yang berani kerana benar, bukannya pemimpin yang berani kerana melulu atau berani memfitnah kerana imbuhan tertentu.

-Dipetik dari http://duniacacamarba.blogspot.com/

-Video dari http://www.youtube.com/user/JkkkFanClub

Imbas kembali DS Nizar:

Friday-khutbah-by-Dato-Seri-IR-Nizar-in-Riley-Smith-Hall-University-of-Leeds-United-Kingdom

Kemenangan-yang-penuh-berhemah-Datuk-Seri-Hj-IR-Muhammad-Nizar-Jamaludin-ahli-parlimen-Bukit-Gantang/

Indahnya-akhlak-seorang-pemimpin

Calon-P059-kami-Datuk-Seri-Hj-IR-Muhammad-Nizar-Jamaludin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s