Bismillahirahmanirahim. Tadi tertonton berita yang pihak yang berkuasa tu nak haramkan buku Irshad Manji…tapi boleh pula dia dibenarkan masuk Malaysia & lancarkan buku yang kotor tu tanpa sebarang tindakan. Lemahnya pihak yang berkuasa tu ya… Mungkin sesama mereka pun saling bertelagah pasal isu ni. Manakan mungkin mereka boleh menentang pencemaran Islam sedangkan mereka sendiri dipimpin oleh golongan yang tidak ingin Islam & keadilan berada di atas. Lalu kemunafikan mereka terus terserlah. Satu demi satu. Malangnya masih ada yang masih belum mahu melihat & menyokong kebenaran, terus tertipu & menerima bulat-bulat apa yang disuapkan. Lalu teruslah mereka menjadi manusia-manusia celik tapi punya hati yang buta. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada kita, moga kita kan dipimpin oleh mereka yang bebas dari hipokrisi itu.
.

Tulisan di bawah dipetik dari islamreturn.blogspot.com 

ISU Irshad Manji: Membuka sifat kemunafikan UMNO

Salam perjuangan..Politik UMNO sememangnya penuh dengan sifat kemunafikan.
Isu kehadiran Irshad Manji menjadi buah perbualan kebelakangan ini kerana hasrat beliau yang ingin memasuki Malaysia (yang akhirnya beliau berjaya).Persoalannya sekarang…Siapa yang lepaskan dia (Irshad Manji) di Imigesen..? Ohh.. tak mungkin DAP kot.. Selepas dibenarkan masuk JAKIM melalui menteri Hal Ehwal Agama melalak nak cegah buku Irshad Manji disebarkan, sedangkan dia dah lancarkan buku tersebut. Nah.. jelas konspirasi ‘UMNO-Munafiq’ sedang memperbodohkan umat Islam. Keadaan seperti ini dirancang seolah-olah menunjukan UMNO sedang berusaha membendung gejala LGBT dari menular.. tetapi sebaliknya menjadi penaja kepada golongan ini untuk terus bergembira (dengan kemasukan tokoh LGBT- Irshad Manji).Namun, pada hakikatnya mereka ada kuasa untuk menahan dia dari memasuki Malaysia.. Untuk itu, sekian kalinya saya katakan sekali lagi bahawa.. ‘UMNO parti MUNAFIQ’.Lakonan UMNO/BN hanya untuk mengaburi mata masyarakat

Pernah ada seorang teman berkata kepada aku, “Kau percayakah tangkapan polis kepada pengedar-pengedar dadah di Malaysia”. Aku bertanya kembali kepada beliau, kenapa soalan itu ditanya kepada aku. Lantas beliau menjawab “Yang ditangkap itu hanya budak suruhan yang menjadi kambing hitam, sedangkan Big Boss mereka sebenarnya dilindungi” Aku tercengang dengan tuduhan yang berat itu..

………………………………………………………………..

Namun berita dibawah ini ada kebenarannya..
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/

Serbuan rumah urut hanya ‘wayang’?


(Selepas menaiki black maria ini ke mana mereka. Kenapa tiada berita mereka didakwa atau dihantar pulang ke negara asal?)

Percambahan rumah urut khususnya diSelangor pada hari ini menjadi isu hangat dan diperkatakan serta telah menjadi cerita politik.

Tambahan pula, kemunculan rumah urut ini bukan sahaja di bandar-bandar utama tetapi telah menular ke pekan-pekan kecil.

Sebahagiannya berselindung di sebalik nama pusat refleksologi. Hakikatnya mereka menjalankan kegiatan pelacuran.

Sebahagian besar pekerja seks ini dibawa dari China sama ada secara rela atau paksa.

Pada masa yang sama, setiap hari rakyat Malaysia dapat melihat di kaca televisyen pihak berkuasa khususnya pihak polis dan imigresen bertungkus lumus menyerbu tempat-tempat berkenaan.

Namun, walaupun pihak berkuasa bekerja siang dan malam, kegiatan tersebut tidak pula berkurang, malah semakin banyak.

Pelbagai persoalan timbul yang memerlukan siasatan dan jawapan. Antaranya, selepas diserbu dan ditahan, ke manakah para pelacur ini di bawa? Adakah mereka dihantar pulang ke negara asal? Adakah pemilik premis atau perniagaan ini didakwa di mahkamah?Hal ini kerana, walaupun telah diserbu dan disita beberapa kali, rumah urut yang sama akan beroperasi semula seperti biasa tidak lama selepas itu. Seolah-olah mereka ini kebal undang-undang atau pihak berkuasa tidak bersungguh-sungguh bekerja.Beberapa tahun yang lalu, saya pernah melihat suatu operasi bersama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis menyerbu dan merampas DVD lucah dan cetak rompak. Operasi yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut disertai media cetak dan elektronik.Saya dan seorang rakan lagi yang kebetulan bersarapan di sebuah gerai tidak jauh dari lokasi operasi. Kami cuma melihat kejadian itu dan masing-masing berkata tindakan memang wajar.Pada sebelah petangnya kami makan di gerai yang sama, namun mendapati kedai yang diserbu oleh PBT dan polis pada pagi tersebut telah beroperasi semula.

Untuk memastikan bahawa perkara itu, sebaik selesai makan, kami lalu di hadapan kedai tersebut dan mendapati memang benar taukeh yang sama telah meneruskan perniagaannya.

Kami saling berpandangan dan saya tertanya-tanya dengan tindakan lanjut akibat serbuan pada paginya. Beberapa hari selepas itu, ketika menonton sebuah rancangan televisyen, maka disiarkan cerita tentang kejayaan pihak berkuasa menyerbu dan menumpaskan sindiket pengedaran DVD lucah dan cetak rompak.

Secara spontan saya ketawa besar menonton “wayang gambar” yang lihat itu. Masakan tidak, peristiwa ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.

Apakah tujuan serbuan ini dibuat dan disertai pihak media? Adakah pihak kerajaan mahu menunjukkan bahawa agensi di bawah mereka memang bekerja siang dan malam membanteras jenayah.

Hakikatnya semua itu hanya untuk mengabui mata rakyat. Sebagai rakyat, saya berasa tertipu dengan lakonan tersebut. Tiada apa-apa tindakan susulan dibuat.

Tiada pendakwaan di mahkamah dan tiada apa-apa yang berlaku luar daripada kebiasaan – perniagaan mereka berlangsung seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Oleh itu, tidak mustahil perkara yang sama berlaku terhadap rumah urut dan pusat refleksologi yang hangat diperkatakan oleh kerajaan UMNO-BN melalui media mereka.

Hal ini kerana, tiada pula berita tentang taukeh rumah urut ini didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Tiada pula berita tentang penghantaran kembali semua pelacur yang ditahan itu. Atau, mungkinkah mereka ini kembali menyambung tugas selepas usai lakonan yang tersiar di kaca TV.

(Ke mana mereka selepas ini)
Jika hal yang demikian berlaku, patutlah semakin banyak rumah urut dan pusat refleksologi bercambah di negara ini.
Sepatutnya, semakin banyak serbuan dan tangkapan dibuat semakin berkuranglah tempat tersebut. Namun, yang berlaku adalah sebaliknya.Malah, ada pusat maksiat ini hanya beberapa kilometer dari balai polis dan telahpun diserbu beberapa kali.Dalam hal ini, saya berasa simpati terhadap anggota-anggota penguatkuasaan yang terpaksa bekerja siang dan malam.Mereka menjadi tunggangan pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya kerajaan Umno-BN. Penat lelah yang dilakukan hanyalah untuk tujuan politik.

Mereka menjadikan berita ini sebagai alat untuk menyerang Pakatan Rakyat. Sebenarnya, mereka sendiri tidak bersungguh-sungguh menghapuskannya.

Tulisan di bawah dipetik dari http://www.niknasri.com/

Isu Irshad Manji: Komentar Wawancaranya. KDN, JAKIM lembap

irshad and salman addajjal

Saya merujuk kepada satu wawancara yang disiarkan oleh Malaysiakini dengan Irshad Manji mengenai pegangan dan penulisan bukunya. Saya berikan sedikit komentar kepada jawapannya. Saya juga kesal dengan pihak berwajib yang lambat dan lembap mengambil tindakan pro aktif terhadap penulis yang-walaupun namanya tidaklah besar dalam dunia Islam-tetapi memberikan impak negatif kepada cara berfikir terutamanya generasi muda Islam yang masih jauh dan kosong dari ilmu sebenar Islam. Islam agama persekutuan tetapi tidak dililihat GAH dan hebatnya. Ia diinjak dengan mudah ibarat semut di bawah kaki.

Irshad: ‘Hadis, undang-undang Islam ciptaan manusia’

Penulis wanita yang melabelkan dirinya sebagai reformis Islam, Irshad Manji, seolah-olah tidak gentar apabila buku pertamanya, The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith diharamkan edarannya di Malaysia.

Beliau tetap hadir ke ibu negara minggu lalu untuk mempromosi buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang dianggap menghina Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Komentar: Pihak berwajib gagal mengambil tindakan pro aktif menghalang kemasukannya ke Malaysia dan cetakan bukunya walaupun telah jelas bukunya menghina Islam.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Irshad tetap konsisten dengan premis yang dikemukakan dalam buku pertamanya, mendakwa bahawa “Muslim adalah satu masalah kepada Islam hari ini.”

Komentar: Benar! Sebahagian orang yang mendakwa dirinya muslim tapi jauh dengan Islam menjadi masalah kepada Islam, termasuk anda wahai Irshad Manji.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam hanya memahami maksud Islam berdasarkan perlakuan umat Islam itu sendiri.

“Pengertian Islam itu tidak penting tetapi perkara yang kita lakukan sebagai Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam,” katanya.

Komentar: Apa yang anda lakukan kepada Islam? Tulisan anda sendiripun sudah memberikan gambaran buruk terhadap ajaran Islam.

Walaupun begitu, Irshad berkata beliau percaya penyelesaian kepada masalah itu terletak di tangan umat Islam sendiri – selari dengan ayat Al-Quran yang menyarankan bahawa nasib sesuatu kaum itu akan hanya dapat diubah kaum itu sendiri.

Irshad menggesa Muslim hari ini kembali kepada ‘ijtihad’ iaitu tradisi yang menurutnya ‘menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka’.

Komentar: Apa yang anda faham dengan ijtihad? Kalau ijtihad hanya difahami sebagai menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka yang tidak didasari petunjuk al-Quran dan Hadis, maka ia bukan ijtihad menurut apa yang difahami melalui sumber ilmu yang ada otoriti  tetapi ia adalah nafsu sebenarnya.

“Dalam pendekatan saya kepada Islam, ijtihad adalah antara nilai yang paling penting untuk diraikan.

“(Ini kerana) dalam Quran terdapat lebih tiga kali seruan untuk berfikir, analisis, merenung dan berfikir semula berbanding surah-surah yang memberitahu kita perkara yang betul dan yang salah,” kata Irshad.

Komentar: Benar! Ayat betul dan salah, halal dan haram adalah sebahagian dari ayat al-Quran. Namun, beberapa ayat sebegini pun anda tidak dapat menurutinya, apatah lagi kalau ia datang begitu banyak sehingga anda rasakan ia ‘membebankan’ anda. Berfikir, merenung, menganalisa menggunakan akal yang waras yang tentunya dilandasi al-Quran dan hadis. Mengiktiraf LGBT misalnya termasuk dalam penggunaaan akal yang waras?

Ancaman jadi dorongan

Seruannya itu mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak yang menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih layak berbicara tentang Islam.

Komentar: Bukan soal mencabar wibawa, tetapi apa otoriti anda dan wibawa anda sendiri bercakap tentang Islam yang anda sendiri tidak memahaminya dari sumber sebenar?

Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya.

Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.

Di sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku pertamanya tetapi takut untuk bersuara.

Komentar: Saya tidak mahu mengugut tetapi saya menasihati anda, termasuk kalangan muda Islam yang terpengaruh atau akan terpengaruh dengan aliran ini agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar. Generasi muda tidak berani bersuara pun kerana mereka tidak ada ilmu tentang Islam. Apa yang mahu disuarakan dalam keadaan tiada ilmu?

Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya.

“Allah, Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri dan juga Allah,” katanya.

Komentar: Perkataan yang benar tetapi racun di sebaliknya.

Selain itu, kata Irshad, buku terbarunya turut menyampaikan mesej “keberanian moral” yang menuntut “berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri.”

“Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya,” katanya.

Mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Irshad menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi dogma yang “kaku.”

Komentar: Sumber dalam Islam yang utama adalah al-Quran, Hadis, Ijmak ulama, Qias dan beberapa sumber lain yang menjadi khilaf. Apabila dikatakan sumber tunggal, bermakna Irshad tidak mempercayai Hadis dan lain-lain sedangkan Allah meminta orang mukmin menurut Nabi SAW jika benar mereka percayakan al-Quran. Aliran sesat Irshad Manji addajali ini membenarkan hadis Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana ada yang mengaku Islam tetapi hanya mahu menerima al-Quran sebagai sumber dan menolak hadis sebagai sumber kedua. (Kuliah mengenainya di sini)

“Dogma selalu tercabar dengan soalan. Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar dengan pemerhatian yang teliti,” katanya.

Tolak hadis, hukum Islam

Irshad juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.

Komentar: Saya tak faham apa maksud ‘sangat peribadi’.

Ia adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu.

“Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri,” katanya.

Komentar: Kalau yang dimaksudkan duta Tuhan itu Nabi Muhammad SAW, maka baginda bukan melantik dirinya sendiri tetapi Allah yang melantiknya. Kalau menerima Allah dan menolak Nabi, itu jelas kufur iktikad namanya. Kalau mengaku Islam, tetapi tidak menerima Nabi dan apa yang dibawa, itu boleh membawa kepada riddah (keluar Islam), dan penganutnya dipanggil murtad.

Beliau juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah, yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian daripada sumber rujukan dalam Islam.

Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.

“Interpretasi saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia.

“Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna,” katanya.

Komentar: Pegangan dan aliran anda ini jelas MEMBUKTIKAN anda bukan Islam, tetapi DAJJAL yang bertopengkan Islam.

Ironinya, beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan.

“Quran sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang diberikan Allah untuk terus berfikir,” katanya.

Komentar: Cara pegangan yang bersimpang-siur. Tidak terima hadis, ulama, hukum syariah tetapi promosi ijtihad. Ijtihad jugalah yang melahirkan beberapa hukum cabang.

Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Komentar: Pihak berwajib KDN, JAKIM telah gagal menghalang kemasukan Irshad Manji dan alirannya ke Malaysia. Malaysia sudah sarat dengan aliran pemikiran yang sesat dan menyesatkan dari Islam sebenar. Ditambah lagi dengan aliran Irshad Manji yang bodoh ini. Kalau baharu mahu meneliti bukunya samada bercanggah dengan aliran ahli Sunnah walJamaah, nampaknya pihak berwajib KDN, JAKIM amat lembap mengambil tindakan kerana alirannya sedang memusnah ranahkan generasi muda Islam yang masih kosong jiwanya dengan Islam sebenar itu.

artikel berkaitan:

Perintah Larangan Jika Buku Irshad Manji Bertentangan Ahli Sunah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’, tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dikaji dan diteliti.

“Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.

“Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam,” kata Abd Aziz dalam kenyataan, Isnin.

Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s