Alhamdulillah. Padang Kota Lama. Pengalaman sewaktu di Penang dulu, di sini adalah salah satu tempat sasaran untuk aktiviti mencegah maksiat@mendekati remaja bagi masa-masa tertentu seperti malam tahun baru dll. Malam itu, ia jadi tumpuan lagi, bukan ratusan bahkan ribuan. Allahuakbar. Dari anak-anak ke atuk-atuk, malam itu anak-anak muda memenuhi tempat ini, untuk melafazkan & menghayati lafaz itu.

Allahuakbar.

Artikel dari http://greenboc.blogspot.com/. Video dari http://www.youtube.com/user/ramadhan84TV

Tiba-tiba Ada Azan & Sujud Di Padang Kota Lama

Georgetown: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.

Gambar: Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud

Ia diikuti wacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.

Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka ‘rock’ tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

“Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, ” jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan. -HD











Posting berkaitan boleh klik sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s