Biasanya video-video (atas) yang direct begini tak disiarkan, tapi mereka-mereka ni dah melampau. Mereka menghinakan diri mereka sendiri. Kemungkaran ini mesti dihentikan. Rakyat yang baik mesti mengetahui, bahawa umno bukan tempat untuk orang-orang baik, tapi sebaliknya kegemaran mereka yang samseng, jahil & tak berfakta, lucah, kurang ajar dan…entahla…korang tengok sendirilah.

Antara komen menarik di youtube;

“Besar sangat beza UMNO & PKR, UMNO kumpul org ceramah cerita pasal SEKS dan FITNAH. Tapi PKR kumpul org ceramah pasal ekonomi, hala tuju negara, membasmi rasuah, pendidkan percuma. Korang sendiri dpt nilai betapa BANGANGnya UMNO dan NAJIB khasnya”

Dipetik dari http://karatijau.blogspot.com/

Inilah Parti Paling “Haprak Masakini..

Penyokong Umno meneruskan aksi samseng apabila melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa orang penyokong Pakatan cedera.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Mengikut MalaysiaKini, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik di ceramah itu dipercayai disabotaj.
Akibatnya, seorang warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong KEADILAN berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.
Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong KEADILAN terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.
Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah hanya menarik kira-kira 200 orang.
Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah KEADILAN bercakap, kemudian membidasnya secara spontan – dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah KEADILAN.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.

Bacaan berkaitan:

http://paspb2.blogspot.com/2012/05/Angkara-umno-Adik-Nurul-Balqish-sambut hari lahir dengan tangan berbalut

addin77.blogspot/Berita-ganas-nih-pasti-tak-di-siarkan

greenboc.blogspot/Video-serangan-samseng-umno-Lembah Pantai

demokrasi93.blogspot/umno-makin-hari-makin-sial

greenboc.blogspot/Tamrin-kesal-dan-malu-dengan-budaya samseng umno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s