Bismillahirahmanirahim. Krisis yang menekan etnik Rohingya di Myammar bukan baru. Sejarahnya sudah berlarutan terlalu lama. Dari soal pelariannya hinggalah kepada penindasan pihak majoriti & pihak junta tentera yang bongkak & zalim di sana, masih belum ada penyelesaian, & krisis terbaru yang mencetuskan siri kezaliman terbaru terhadap mereka menambah lagi kesengsaraan mereka. Tidak banyak yang boleh diharapkan daripada kerajaan sekular kita untuk membantu, begitu juga daripada negara-negara Islam yang kaya & berkuasa, kebanyakannya cuma lebih suka membesarkan perut & menambah kekayaan. Apapun puncanya, apapun alasanmu, mereka itu adalah saudara-saudari kita. Bantulah mereka dalam apa jua cara yang kamu mampu. Kerana jika kamu tidak peduli, jangan kamu berani menyangka bahawa kamu adalah manusia yang beriman, kerana itulah yang diajar oleh Islam bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran…

Tulisan di bawah dipetik dari  http://satuumat.blogspot.com/ & http://bm.harakahdaily.net/

Jun 21, 2012

MYANMAR – 80 Muslimah Diperkosa!

MAUNGDAW (Arrahmah.com) – Seorang ahli politik Maungdaw mengatakan pihak berkuasa Burma/Myanmar menggunakan taktik baru iaitu pemerkosaan terhadap masyakarat Muslim Rohingya yang membuat tidak ada tempat selamat bagi wanita Rohingya di Maungdaw.

Pemerintah menggunakan taktik pemerkosaan sebagai senjata negara Shan (Burma/Myanmar). Ini dimulai dari sekarang hingga mengeluarkan warga Rohingya dari tanah mereka,” kata ahli politik Maungdaw yang tak disebut namanya, disiarkan Kaladan News pada Rabu (20/6/2012).

“Sejak 8 Jun hingga sekarang, lebih dari 60 wanita diperkosa di Maungdaw oleh anggota keamanan -polis, Hluntin, Nasaka dan tentera- dan bersama dengan warga Rakhine (etnik Buddha) dan pemukim baru (Natala),” tambahnya.

“Sebahagian besar wanita Rohingya diperkosa oleh pasukan ‘keamanan’ bersama dengan warga Rakhine dan Natala sementara semua lelaki dipanggil oleh pihak ‘keamanan’, yang kelompok ‘keamanan’ lainnya memasuki rumah-rumah desa dengan menghancurkan segala barang yang ada di dalam rumah, hanya menjarah barang berharga- emas dan wang. Pada saat itu, semua wanita di dalam rumah, di mana Natala dan etnis Rakhine memperkosa wanita Rohingya,” kata seorang mangsa dari Asheeka para (Paungzarr).

“Pasukan keselamatan memasuki desa pada malam hari untuk memeriksa daftar keluarga yang mana pasukan itu memperkosa para wanita Rohingya di rumah kerana tidak ada lelaki yang tinggal di dalam rumah,” tambahnya.
siraaj/arrahmah.com)

PAS kecewa Dewan Rakyat tolak usul Rohingya

19 Jun 2012

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan berikutan penolakan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing.

Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) itu ditolak dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kamarudin, yang ditemui di lobi parlimen berkata adalah penting bagi Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan keganasan etnik yang berlaku sekarang dan menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

“Isu berkaitan warga Rohingya ini perlu dibincangkan, sekaligus Malaysia perlu menyatakan pendirian atau menghantar nota bantahan,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata PAS mendesak Malaysia sebagai anggota Asean dan PBB untuk membuat tindakan segera berhubung isu tersebut.

Katanya, sebagai anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi pihak lain.

Isu ini berbangkit berhubung isu pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 yang cedera dalam perbalahan etnik di negara itu, beberapa hari lalu.

Video dari http://www.youtube.com/user/tvpas09

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s