Video dari terengganukinitvpas hd, dll.

Tulisan dipetik dari http://www.harakahdaily.net/

PAS kecam filem terbaru hina Nabi

Harakahdaily, 13 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya.

Filem berjudul Innocence of Muslims, ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.Menurut Bacile dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam.

Video tersebut ujarnya  telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’.

Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Bagi Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini,” katanya pada sidang media di KUIZM, Taman Melewar petang semalam. (Gambar)

“Times of Israel” melaporkan filem ini merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States.

Filem yang melabel Nabi Muhammad SAW ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan Libya.

Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo.

Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan bendera AS dan bendera-bendera Islam.

Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian.

Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

“Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini,” katanya.

Menurut Faizi lagi, pemuda PAS juga akan menganjurkan bantahan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS pada 21 Sept ini jika tiada sebarang respon positif dari kerajaan AS untuk bertindak terhadap pembuat filem tersebut.s

 Hina Nabi: PAS Desak Amerika Ambil Langkah Serius

Harakahdaily, 13 Sep 2012

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel Amerika dari Amerika Syarikat.

“PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.

Beliau menegaskan, ianya hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

PAS juga, kata beliau turut merasa terkilan, sedih, dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga kakitangan diplomatik dan keselamatan Kedutaan Amerika di Libya yang telah terbunuh dalam protes yang bertindak di luar kawalan itu.

Justeru, beliau menambah PAS juga ingin menggesa pihak kerajaan umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan Kerajaan Malaysia khasnya untuk melindungi serta memastikan keselamatan para diplomat dan kakitangan diplomatik yang bertugas di negara ini.

“Ingin saya tegaskan bahawa Islam memberi pengiktirafan tinggi terhadap kehadiran mereka dan kerajaan umat Islam wajib menjaga keselamatan para kakitangan diplomatik ini yang menjadi sebahagian tanggungjawab pihak kerajaan tuan rumah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s