Do You Want Your Ramadan To End Up Like This? @ Adakah Anda Mahu Ramadhan Anda Berakhir Seperti Ini?

“Hari terakhir Ramadhan…tiada Tarawikh malam ni…

Kenapa aku rasa sangat sedih?

Kenapa aku rasa sangat sedih sedangkan esok Hari Raya?

Sepatutnya aku rasa gembira…

Tak tau apa masalahnya dengan aku ni…

Dari Ramadhan ke Ramadhan, masa ke masa ceritanya sama saja…

Ingatkan aku dapat buat banyak solat, baca Quran banyak-banyak & ubah hidupku

Malunya aku dengan diri aku sendiri…

Macammana aku boleh biarkan Ramadhan berlalu macam tu je??

Aku langsung tak manfaatkannya sepenuhnya…

Macam tak percaya peluang Ramadhan tu dah pergi…

Berlalu macam tu je tanpa ada perubahan pun pada hidup aku…

Bagaimana kalau aku tak dapat lagi mendapat Ramadhan selepas ni?

Bagaimana kalau aku dah tak dapat peluang untuk mengubah hidup aku sekali lagi?

Ya Allah, ampunilah aku pada detik terakhir bulan yang diberkati ini, kerana aku tidak menyembahMu sebagaimana selayaknya Engkau disembah.”

Jangan biarkan satu lagi Ramadhan berlalu begitu saja.

  Pelajarilah apa yang perlu untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik. 

Video by youtube.com/user/TheDailyReminder

Untuk lagi posting berkaitan Ramadhan, klik sini.

Yatt Hamzah: Rintihan Mujahidah

For more, go to youtube.com/user/DPPMalaysia

Hairie Othman@PAS

Bismillahirahmanirahim. Walaupun saya bukanlah peminat movie atau drama Melayu secara amnya, tapi saya setuju jika dikatakan Hairie Othman adalah seorang pelakon & anak seni yang berbakat & ‘cool’ ( & pandangan peribadi ini bukan semata-mata kerana beliau menyertai PAS).  Alhamdulillah, kini beliau telah menyertai perjuangan Islam Untuk Semua ini.

InsyaAllah setiap amal ikhlas kerana Allah kerana Islam itu amat bernilai di sisi Allah bro Hairie. Moga pengakhiran kita di bumi Allah ini adalah di jalan yang diredhaiNya. Allahuakbar.

Akan diupdate insyaAllah.

Video dari youtube.com/user/buletinonline, yoperaktv, dll.

Jom ke Himpunan Hijau Ke Putrajaya Edisi Terengganu: 29-30 Jun 2012

Morsi Is The President. Allahuakbar!

Morsi diisytihar menang Presiden Mesir

Harakahdaily, 24 Jun 2012

(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia)

 

KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan
Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.
Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.
Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seorang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.
Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.
Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.
Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Baca lagi:

buletinonline.net/Morsi…Morsi-Menang-Revolusi

The Criminal

Orang yang berhasad dengki hakikatnya melawan takdir dan keputusan Allah s.w.t. Dia secara tidak langsung telah mempertikaikan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang Allah dalam menitipkan nikmat kepada hamba-Nya. Seolah-olah dia merasakan lebih bijak dan lebih adil dalam memberi serta menentukan nikmat kepada manusia.

Sikap ini sangat dimurkai Allah dan berdosa kerana membenci takdir Allah samalah seperti membenci-Nya. Dalam hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak reda terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain aku.” (Riwayat Tabrani).

Tegasnya, hasad akan merosakkan aqidah seseorang. Ini sangat berbahaya.

_________________________________________________

Satu lagi masterpiece dari Madmie.

Filem hasilannya tidak pernah menghampakan & sentiasa mengisi hati dengan kesedaran & nilai Islam yang tinggi, selain kualiti yang terbaik.

Saya tersentuh dengan tulisannya di fb yang menggambarkan hasrat & cita-citanya yang saya fikir telah diterjemahkan dengan serius & hasil kerja yang terbaik dalam karya-karyanya;

“Masa meningkat remaja dulu, pernah sekali menyuarakan hasrat kepada mak apabila sudah besar nanti mahu jadi pengarah filem. Namun mak melarang keras. Jelas kerisauan yang terpancar pada riak wajahnya. Saya tahu mak risau akan industri perfileman tanah air ketika itu yang tidak islam meskipun diarah oleh direktor yang beragama Islam. Saya tahu mak risau akan beban dosa yang bakal ditanggung kerana mempromosi maksiat, menghalalkan aurat etc. Saya tahu mak risau akan jawapan yang bakal saya jawab bila berhadapan dengan Allah di hari pembalasan nanti.

Alhamdulillah mak, dakwah dan tarbiyah telah mengubah segala-galanya. Alhamdulillah mak, apa yang membezakan saya dengan mereka adalah deen(islam) yang saya ambil secara keseluruhannya.

Love you mak.”

Moga Allah membantu anak muda ini untuk mencerahkan minda & hati umat Islam di Malaysia & di dunia satu hari hari nanti melalui filem-filemnya, & menyelamatkan industri filem Malaysia yang sudah rosak dengan pengisian & mesej yang kebanyakannya sia-sia &merosakkan. Amin.

umno BN Perak & Utusan Meloya Bersandiwara Lagi…

Dipetik dari http://paspb2.blogspot.com/

Sebenarnya isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya. UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya. Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman. Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.

Image Image
Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar. Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN. Siapa yang menzalimi rakyat?
Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan. Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.
Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat. Bantahan rakyat:
  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.

Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan.

Tapak SAR: PAS Gopeng pertahan prinsip Islam

11:30 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM

1 Syaaban 14H

IPOH: PAS Gopeng mempertahankan prinsip Islam apabila menyokong sekumpulan penduduk yang mempertahankan tanah mereka daripada dirampas walaupun untuk membina sekolah agama.

Prinsip itu adalah menentang assobiyah iaitu tidak membela kezaliman yang dibuat hatta untuk kepentingan golongan sendiri.

Namun PAS kawasan itu tidak pernah membantah usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan Umno BN ataupun Pakatan Rakyat yang mahu membina sekolah apatah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Bagaimanapun dalam isu kononnya PAS dan PKR membantah pembinaan SAR di Taman Pegoh Aman, Ipoh di atas tapak sebuah padang awam telah disalah ertikan.

Semalam Utusan melaporkan PAS membantah pembinaan sekolah agama rakyat di Gunung Rapat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Radzi Zainon, yang turut terlibat dalam kemelut itu, menafikan sekeras-kerasnya mereka membantah pembinaan SAR sebagaimana yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Apa yang tidak dipersetujui PAS dalam hal ini, katanya tindakan pihak terbabit yang mengambil tapak padang tersebut tidak mengikut prosedur yang sah.

“Cara mereka mengambil tanah tersebut tidak ikut prosedur, (seolah-olah dirampas sahaja) dan saya hanya melahirkan simpati terhadap penduduk disitu,”katanya.

Radzi pernah didatangi penduduk terbabit sambil menceritakan kekecewaan mereka apabila memorandum bantahan pembinaan sekolah yang dihantar kepada Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman, langsung tidak diendahkan.

Pada 4 Mei 2012, penduduk telah menghantar memorandum kepada Hamidah meminta diadakan sesi dialog bersama penduduk, malangnya ia telah tertangguh selama dua minggu.

Beliau juga difahamkan tahan lapang itu adalah milik penduduk bersama selepas mereka membayar lebih RM1000 kepada pemaju bagi mendapatkan tanah itu.

“Adun BN berkenaan tidak hirau langsung masalah penduduk terbabit, akhirnya mereka datang jumpa PAS dan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye,” katanya.

Ekoran itu, PAS dan PKR telah membuat sidang media pada 29 Mei 2012 di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan.

Bahkan, beliau juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.

Tambahnya, sekolah terbabit dibina dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa SAR yang biasa, tanpa prosedur Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, dan Bomba.

“Tanpa pagar keselamatan atau papan tanda projek yang selalunya mengambil masa enam bulan hingga setahun. Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.

“Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun,” katanya.

-Harakah Daily

Video dari youtube.com/user/mediaperak

Himpunan Hijau Ke Putrajaya: Pulau Pinang 24 Jun 2012

Kepada warga Pulau Pinang, Anda dijemput hadir beramai-ramai menghijaukan Padang Hj. Ahmad Badawi pada 24 Jun 2012 (Ahad) ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Bermula pada jam 4 petang hingga 12 tengahmalam.
Solat Asar berjamaah di sana.
Tentatif :

1. Persembahan Zuar XPDC
2. Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi – ARC & ScramRIDERS Club Penang.
3. Pertunjukkan Demonstrasi Silat
4. Pertunjukkan Seni Silambam
5. Persembahan Tarian Naga & Paluan Gendang Cina
6. Persembahan Boria
7. Solat Asar berjamaah di padang
8. Santai bersama Ketua Pemuda PAS Malaysia
9. Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS.

MAGHRIB: MUNAJAT BERSAMA PRESIDEN & ULAMA

Solat Maghrib berjamaah
Solat Hajat
Solat Isya berjamaah

MALAM: CERAMAH HIJAU

YB Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang
Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Sdr. Mazlan Aliman
Sdr. Hu Pang Chow
YB Dato’ Ust Salleh Man
Ust Mohd Yusni Md Piah
Ust Afnan Hamimi Taib Azamudden

Acara selingan : Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang & pelancaran Himpunan Hijau

Promo dari youtube.com/PenangDPPN

Kini Abby Abadi Tahu…

Bismillahirahmanirahim. Samada artis-artis berubah & menyertai PAS atau sedang berubah ke arah yang lebih baik, ia adalah perkembangan yang wajar kita syukuri & manfaatkan demi Islam. Hidayah itu milik Allah, & moga dengan semakin suburnya ilmu Islam pada diri mereka, mereka akan terus berhijrah ke arah yang lebih baik, & begitu juga dengan kita semua insyaAllah.

Tonton sendiri video Abby & para ustaz-ustaz ini. Moga beroleh sesuatu.

Forum Kuala Kemaman 16 Jun 2012

Forum di Ceneh

Lagi video berkaitan…

Video dari youtube.com/user/buletinonline  & youtube.com/user/pahangkini

Rohingya: Yang Menangis Itu Saudara-Saudarimu!

Bismillahirahmanirahim. Krisis yang menekan etnik Rohingya di Myammar bukan baru. Sejarahnya sudah berlarutan terlalu lama. Dari soal pelariannya hinggalah kepada penindasan pihak majoriti & pihak junta tentera yang bongkak & zalim di sana, masih belum ada penyelesaian, & krisis terbaru yang mencetuskan siri kezaliman terbaru terhadap mereka menambah lagi kesengsaraan mereka. Tidak banyak yang boleh diharapkan daripada kerajaan sekular kita untuk membantu, begitu juga daripada negara-negara Islam yang kaya & berkuasa, kebanyakannya cuma lebih suka membesarkan perut & menambah kekayaan. Apapun puncanya, apapun alasanmu, mereka itu adalah saudara-saudari kita. Bantulah mereka dalam apa jua cara yang kamu mampu. Kerana jika kamu tidak peduli, jangan kamu berani menyangka bahawa kamu adalah manusia yang beriman, kerana itulah yang diajar oleh Islam bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran…

Tulisan di bawah dipetik dari  http://satuumat.blogspot.com/ & http://bm.harakahdaily.net/

Jun 21, 2012

MYANMAR – 80 Muslimah Diperkosa!

MAUNGDAW (Arrahmah.com) – Seorang ahli politik Maungdaw mengatakan pihak berkuasa Burma/Myanmar menggunakan taktik baru iaitu pemerkosaan terhadap masyakarat Muslim Rohingya yang membuat tidak ada tempat selamat bagi wanita Rohingya di Maungdaw.

Pemerintah menggunakan taktik pemerkosaan sebagai senjata negara Shan (Burma/Myanmar). Ini dimulai dari sekarang hingga mengeluarkan warga Rohingya dari tanah mereka,” kata ahli politik Maungdaw yang tak disebut namanya, disiarkan Kaladan News pada Rabu (20/6/2012).

“Sejak 8 Jun hingga sekarang, lebih dari 60 wanita diperkosa di Maungdaw oleh anggota keamanan -polis, Hluntin, Nasaka dan tentera- dan bersama dengan warga Rakhine (etnik Buddha) dan pemukim baru (Natala),” tambahnya.

“Sebahagian besar wanita Rohingya diperkosa oleh pasukan ‘keamanan’ bersama dengan warga Rakhine dan Natala sementara semua lelaki dipanggil oleh pihak ‘keamanan’, yang kelompok ‘keamanan’ lainnya memasuki rumah-rumah desa dengan menghancurkan segala barang yang ada di dalam rumah, hanya menjarah barang berharga- emas dan wang. Pada saat itu, semua wanita di dalam rumah, di mana Natala dan etnis Rakhine memperkosa wanita Rohingya,” kata seorang mangsa dari Asheeka para (Paungzarr).

“Pasukan keselamatan memasuki desa pada malam hari untuk memeriksa daftar keluarga yang mana pasukan itu memperkosa para wanita Rohingya di rumah kerana tidak ada lelaki yang tinggal di dalam rumah,” tambahnya.
siraaj/arrahmah.com)

PAS kecewa Dewan Rakyat tolak usul Rohingya

19 Jun 2012

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan berikutan penolakan Dewan Rakyat untuk membincangkan isu pelarian Rohingya yang semakin meruncing.

Usul yang dikemukakan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) itu ditolak dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kamarudin, yang ditemui di lobi parlimen berkata adalah penting bagi Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan keganasan etnik yang berlaku sekarang dan menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu tersebut.

“Isu berkaitan warga Rohingya ini perlu dibincangkan, sekaligus Malaysia perlu menyatakan pendirian atau menghantar nota bantahan,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata PAS mendesak Malaysia sebagai anggota Asean dan PBB untuk membuat tindakan segera berhubung isu tersebut.

Katanya, sebagai anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi pihak lain.

Isu ini berbangkit berhubung isu pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 yang cedera dalam perbalahan etnik di negara itu, beberapa hari lalu.

Video dari http://www.youtube.com/user/tvpas09

The Awesome Race to Ramadhan

Video by cikbeahosem

Perginya Seorang Murabbi…Ustaz Yahya Othman

Ustaz Yahya Othman sangat berjasa – Presiden

Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kuliah Tarbiyyah | Ijtima Tarbawi 2010 | Ustaz Yahya Othman

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/. Video dari youtube.com/user/oneheartcs dll.

Bacaan berkaitan:

ibnuhadiabu.blogspot/Ust-Yahya-Othman-melalui-kacamata Ikhwan yang berkaca