3/1/2010M

Malam itu dalam kuliah dalam tajuk  Sirus Salikin Jilid 3, Ustaz Sidek Noor menerangkan tentang beberapa perkara. Antaranya;

-Khulwah

Berkenaan adab-adab khulwah, yakni mengasingkan diri. Bagi kita orang awam, kita juga sepatutnya mesti mengambil masa untuk beribadat & berfikir untuk Allah, & diantara fungsinya adalah untuk mendapat kekuatan contohnya di dalam berdakwah.

-Wala’

Antara ciri-ciri hizbullah ialah wala’ & kasih kepada pemimpin atau guru.

Wala’ bukanlah kesetiaan membuta tuli, tetapi kesetian selagi wali patuh kepada Allah.

3 syarat wala’ adalah atas dasar;

i- kasih & sayang kepada manusia yang membawa kita kepada Allah

ii-bantu dia membela agama Allah (dengan harta, tenaga, & apa saja yang termampu)

iii-al-ikram- muliakan dia. Sebagai manusia dia mungkin ada silap tapitak boleh menghina dia

-Takliq

Bertakliq dalam bab ibadah dibolehkan akan tetapi dalam bab akidah tidak boleh, sebab dalam bab aqidah mesti ada dalil.

Selain itu Ustaz Sidek juga menegur kerajaan BN yang membebankan rakyat melalui persekolahan.

Memetik kata-kata ulama “orang yang bodoh ialah orang yang mempercayai musuh. Ustaz memberikan contoh seperti syaitan yang memperdaya orang dari bangun untuk solat subuh. Syaitan tidak cakap ‘jangan solat,’ tapi dia melengahkan orang itu. Contohnya apabila azan berkumandang, dia akan membisikkan, “baru azan, belum qamat lagi…” & orang tersebut terus menangguh-nangguh hingga akhirnya dia tidak solat.

Dan antara pesan yang sangat diingati malam itu;

“Dunia ini sekejap saja susah, syurga itu bersenang-senang selama-lamanya.”


فَإِنۡ أَعۡرَضُواْ فَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ عَلَيۡہِمۡ حَفِيظًا‌ۖ إِنۡ عَلَيۡكَ إِلَّا ٱلۡبَلَـٰغُ‌ۗ وَإِنَّآ إِذَآ أَذَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنَّا رَحۡمَةً۬ فَرِحَ بِہَا‌ۖ وَإِن تُصِبۡہُمۡ سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيهِمۡ فَإِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ كَفُورٌ۬ )

Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajibanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah). Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami dia bergembira ria karena rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri (niscaya mereka ingkar) karena sesungguhnya manusia itu amat ingkar (kepada nikmat).

Asy-Syuura:48

___________________________________

* Ustaz Sidek Noor turut menjual pelbagai produk muslim seperti ayam segar, sos, kicap, mee, makanan kesihatan dll. untuk membiayai Mahad Tahfiz Qiam di Batu Hampar, Beruas, Perak. Bagi anda yang ingin membeli pelbagai produk-produk ini, & menyumbang bolehlah membelinya di Masjid Batu selepas kuliah beliau. Rujuk jadual.

Selain itu, Ustaz sedang dalam usaha membina pondok An-Nur untuk orang-orang tua di Permatang Raja Pantai Remis.

Sesiapa yang ingin sama-sama menyumbang, bolehlah menghubungi Ustaz Sidek Noor.

*maklumat akan dikemaskini

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Khatijah Hasan Basri says:

    Assalamualaikum
    Harap dapat berikan saya no. telefon Ustaz Sidek Noor, saya berharap untuk menjemput beliau ceramah di pejabat.

    Terima kasih. Wassalam
    Khatijah Hasan Basri
    No. Tel: 03-2034 7314

Leave a comment