Dipetik dari http://docpearl.blogspot.com/

1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Perancangan PAKATAN RAKYAT yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan seperti dakwaan pemimpin BN.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

7 responses »

  1. yusfar says:

    Iye ke? Sekarang belum dapat, memang bermacam2 janji yang dibuat. Itu sebelum dapat. Bila dah dapat nanti, wallahualam….Entah terkota atau tidak semua janji-janji itu. Manusia ni mudah lupa.

    • inksensei says:

      Belum cuba belum tahu bro. Bagila peluang dulu. Di negeri-negeri PR pun, banyak janji yang dah dikota. Berbeza dengan UMNO BN, yang hanya pandai menabur janji dari dulu, dah 50 tahun dah, asyik mungkir janji. Rakyat makin susah, negara makin teruk. Memang manusia mudah lupa, tapi tugas yang ingat itulah untuk mengingatkan. InsyaAllah, sama-sama baiki kelemahan, sama-sama buat perubahan. Think positive =)

    • HeHe says:

      apa2 biar diorang buat dlu baru nilai,ko ni x tahu ke kejayaan2 negeri pakatan rakyat??byak sgt kot tgok tv3 lol..

  2. yusfar says:

    Salam.Iya, memang benar ada negeri2 yang berada di bawah tampok pimpinan parti pembangkang menampakkan perubahan positif dan tidak kurang juga yang negatif. Tapi, yang saya risaukan, kita sebagai org melayu ni, bolehkah berharap dengan parti-parti yang bukan melayu or islam ni? Apa yang saya ingin madsudkan ialah, kedudukan dan hak-hak kita yang selama ini dijaga dengan baik. Saya risaukan parti bukan Islam akan cuba mengawal parti islam dengan pelbagai cara. Perubahan-perubahan yang berlaku, sejajar dengan arus pembangunan dan permodenan secara global. Saya kira satu dunia merasai perubahan ini, dan bukan hanya negara kita. Yang paling saya perasan, pemecahan kaum dan bangsa banyak berlaku sekarang. Mungkin juga kita kurang bersyukur dan terlebih meminta.

    • inksensei says:

      W’salam. Sdr mengatakan kedudukan & hak-hak kita sbg org Melayu dijaga dgn baik?
      Lupakah sdra bagaimana UMNO & BN menghilangkan imuniti raja2 Melayu?
      Siapa pula yang menghapuskan tulisan jawi yang menjadi identiti Melayu Islam kalau bukan UMNO & BN?
      Siapa pula yang membuat dasar PPSMI yang kononnya untuk memandaikan rakyat dengan B. Inggeris walhal saya sebagai guru bahasa Inggeris pun tahu bkn itu caranya. Bahkan itu juga adalah antara cara paling bodoh pernah dicadangkan. Boleh baca di sini;

      Taklimat & Dialog Gerakan Mansuh PPSMI

      Dan bila rakyat Melayu menentang kerana sayangkan bahasa Melayu, siapa pula yang mengarahkan pihak polis menyerang mereka (termasuk diserang ialah sasterawan Melayu negara iaitu A. Samad Said) dengan kejam klu bukan UMNO & BN?

      Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. – Tindakan Polis Ala Yahudi Vol. 1

      dan bila rakyat bangkit barulah mereka merubah polisi itu tapi masih lagi mereka melakukannya dengan bertangguh-tangguh?

      Siapa pula yang telah menggadaikan begitu banyak tanah rizab melayu sehingga jatuh ke tangan bangsa bukan Melayu atas nama pembangunan kononnya klu bukan UMNO & BN?

      Siapa pula yang telah menarik bantuan kepada sekolah2 agama rakyat (SAR), sehingga banyak SAR trpaksa ditutup lantaran tidak cukup dana? Siapa klu bukan UMNO & BN?

      Dan banyak lagi yg tak larat saya tulis di sini. My point is, maafkan saya’ tapi saya tak setuju jika sdr katakan bahawa hak-hak kita (Melayu) dijaga dengan baik oleh mereka2 di UMNO & BN.

      Setakat pengalaman PR di negeri2 yg dikuasai, hak-hak org Melayu dijaga dgn baik, juga hak2 kaum2 yg lain. Malangnya media2 BN kerap melemparkan fitnah seperti yg berlaku di P.Pinang. Terlalu byk yg telah saya temui sndiri di P.Pinang. Kes2 penyalahgunaan tanah rizab Melayu termasuklah tanah wakaf yg dilakukan oleh pihak UMNO, tapi mereka menuding jari kpd kerajaan PR yang sebenarnya telah byk menyelasikan kes-kes tanah yg tak dapat dilakukan oleh BN sebelumnya walaupun telah bertahun-tahun memegang kuasa.

      Jika benar sdr bimbang ttg hak-hak org Melayu atau Islam, berhijrahlah menyokong PR. Terlalu byk kerosakan yg telah dilakukan oleh mereka di UMNO & BN. Klu saya nak menyentuh ttg isu Islam, maaf, terlalu bayak kerosakannya sehingga saya tak bercadang menulisnya. Bahkan, mereka di UMNO lah yg byk menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam itu sendiri.

      PAS menyertai PR berdasarkan prinsip tahaluf siyasi, berjuang utk mencapai matalamat yg sama; menghapuskan kezaliman & memperjuangkan kebajikan rakyat, tanpa menggadaikan prinsip2nya sendiri. PAS pun majoritinya org Melayu juga, mereka pun bersama-sama memperjuangkan hak-hak org Melayu. Sdr tak perlulah begitu pesimis ttg itu.

      Lagi pula, yg lebih penting dari Melayu itu sendiri ialah Islam. Org Melayu hebat pun kerana Islam, & mereka hina bila meninggalkan Islam, begitulah juga bangsa-bangsa lain yg diberi petunjuk Islam. Kita boleh lihat apa yg berlaku di dunia Arab hari ini bila mereka tinggalkan Islam. Bila Islam yg kita perjuangkan, insyaAllah, Melayu Islam akan mendapat keuntungannya. Dengan Islam jugalah insyaAllah pelbagai kaum itu akan bersatu. Samada mereka bersatu dengan memeluk Islam, atau bersatu dengan hidup di bawah pemerintahan Islam, seperti kata Rasulullah s.a.w; Aslim Taslam…(dengan Islam kamu selamat). Yakinlah dengan Islam.

      Memang kita wajar bersyukur tapi meminta hak kita bukan bermakna kita tidak bersyukur. Klu dilihat jurang antara pemimpin BN & rakyat, ia adalah terlalu besar. Rakyat semakin tertindas, tpi pemimpin saban hari membazir wang rakyat spt program fisrt lady rosmah yg menelan belanja 4 juta dlm beberapa hari sahaja walaupun sebenarnya tiada faedah utk rakyat. Sebaliknya rakyat disuruh berjimat cermat.

      Sebaiknya sdr bacalah drpd kedua-dua belah pihak & nilailah sendiri. Jgn hanya melihat dari pihak UMNO & BN sahaja. Lihatlah kedua2nya & nilailah sendiri. Lihatlah dari sumber yg benar. Lihatlah berdasarkan fakta & bukan ckp2 semata.

      Wallahualam.

  3. yusfar says:

    Salam saudara ink sensei.

    Saya tidak berpihak pada mana-mana pihak, anggaplah saya berada di tengah2 dan memerhati..membaca dan melihat. Sekadar hendak tahu apa buah fikiran saudara mengenai isu yang saya telah bangkitkan.Okay, terima kasih di atas penjelasan panjang lebar saudara itu. Biasalah apabila manusia selalu mencari kelemahan dan salah manusia lain,sedangkan diri sendiri yang melakukan kesalahan itu, selalunya tidak nampak. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan hidayah pada kita semua.Amin.

    • inksensei says:

      W’salam. Amin. Manusia memang bersifat lemah & punya kelemahan. Pun begitu, kita tidak boleh jadikan itu alasan untuk tidak berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik, ke arah mnjadikan manusia, masyarakat, & negara yang aman, adil, & bertaqwa. Aslim taslam, moga kita selamat di dunia & akhirat. Amin.

Leave a reply to HeHe Cancel reply